Assalamu'alaikum, hai...
Kenapa Update Blog Selepas 10 Pagi? | Alhamdulillah, selagi idea datang... Selagi itu Fiza akan mengemaskini blog dengan entri baharu. In Shaa Allah... Entri kali ni, Fiza nak berkongsi maklumat berkaitan waktu terbaru yang sesuai untuk update blog.

Kenapa update blog selepas 10 pagi

BILAKAH WAKTU SESUAI UPDATE BLOG PADA HARI BEKERJA ISNIN HINGGA JUMAAT?

Mengikut data yang diperolehi daripada google analytic, ternyata ramai yang aktif melayari internet pada waktu rehat 10 pagi hingga 12 malam. Malah, majoriti daripada mereka juga menggunakan smartphone untuk melayari internet. Kenapa?

Google analytic

Pada Fiza, waktu pejabat adalah waktu untuk bekerja. Jadi, memang tak akan ada masa untuk melayari internet. Kalau ada masa pun, mungkin penggunaan internet di pejabat agak terhad dan hanya boleh digunakan untuk urusan pejabat. Secara tidak lansung, jumlah pengguna internet pada waktu bekerja juga turut berkurang. Betul tak?

Nak atau tidak, mereka akan menggunakan masa rehat yang ada untuk melayari internet... Dan, handphone adalah medium utama yang menjadi pilihan mereka untuk melayari internet.

Baca : Cara mudah turunkan Alexa rank

Bukan pekerja pejabat sahaja, surirumah tangga atau pelajar sekali pun... Akan menggunakan waktu tersebut untuk melayari internet... Kerana, sememangnya sebelah pagi orang masih sibuk dengan urusan... Masing-masing. Mana mungkin ada masa nak hadap handphone. Betul tak?

KESIMPULANNYA

Nampak tak? Ternyata waktu yang paling sesuai untuk mengemaskini blog pada waktu pejabat adalah waktu rehat pekerja...

Semoga ia memberi manfaat buat semua.

#Tipblogging