Assalamu'alaikum, hai...
Nasi Goreng Dabai Kicap | Alhamdulillah dapat kembali update blog tanpa gangguan dari anak-anak. Entri kali ni berkisar tentang satu menu kesukaan famili Fiza. Hari Ahad, takde apa nak buat... Apalagi, mulalah misi menternak lemak. Lagipun, weekend tak ramai yang sanggup nak update blog. Bila blogwalking pun... Entri masih bertarikh 3 Ogos 2018. Apalagi, Fiza pun ambik peluang untuk habiskan masa hujung minggu bersama suami dan anak-anak.


Nasi goreng dabai kicap

RESEPI NASI GORENG DABAI KICAP

Nak dijadikan cerita, pagi semalam kak Alia mintak Fiza buatkan nasi goreng untuk sarapan. Nasib baik ada nasi lebihan dinner. Apalagi... Masuk dapur terus sediakan bahan seperti berikut :-

#1. 500gram nasi
#2. 8 biji buah dabai
#3. Kicap secukupnya
#4. 1 sudu besar minyak
#5. 5 ulas bawang putih
#6. Segenggam ikan bilis (Optional)
#7. Tauge
#8. Cili dan sedikit lada hitam
#9. Sebiji telur

Kemudian, cara memasaknya pulak...

#1. Pertama, tumbuk bawang putih bersama cili atau lada. Bilangan cili, bergantung kepada tahap kepedasan yang kita mahukanlah ye. Disebabkan anak-anak yang nak makan, jadi Fiza buat kurang pedas. 

#2. Selesai tumbuk. Biarkan sekejap. Goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkatkan.

#3. Masukkan bawang yang telah ditumbuh. Masak sehingga naik bau. Masukkan telur... Kacaukan sehingga hancur.

#4. Masukkan dabai dan ikan bilis. Bila didapati sudah sebati, bolehlah masukkan nasi dan tauge.

#5. Kemudian, masukkan kicap. Dah settle... 


Alhamdulillah, disebabkan kekenyangan... Sarapan pun dah lewat. Makanya, lunch pulak lewat jam 1.30 petang.  Encik suami pulak... lansung tak nak ambik lunch. Ok!

Selamat Mencuba!