Assalamu'alaikum, hai... 
Fizacrochet.com - Kebiasaan raya haji di rumah mertua tak pergi mana-mana. Usai breakfast, makan... Kerja ngadap tv memanjang. Pagi tadi ada satu drama best di tv3... Pondok itu rumahku, carik jugak sinopsisnya di google... Rupanya ia pernah disiarkan tahun 2016... Bermaksud rancangan kali ni adalah ulangan.

Kredit : Myinfotaip.com
Kisahnya bermula... 
Tentang sebuah keluarga yang miskin dan daif, Pak Sudin dan isterinya Rahimah serta lima orang anak mereka Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan anak bongsunya Saiful yang berumur 8 tahun. Konflik bermula apabila Pak sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri Suhaimi dan Zaleha yang tinggal di bandar kerana kesempitan hidup dan sikap Pak sudin yang gemar berjudi dan berhutang. Di bandar,  Syukri melarikan diri dan menjadi gelangangan... Sampaila di berjumpa dengan Yanti dan nenek Yam. Syukri tinggal dengan mereka sambil membantu mereka menjual bakul homemade. Bila duit simpanan dah mencukupi, Syukri balik kampung... Namun, ibunya telah meninggal dunia. Syukri kembali tinggal dengan nenek Yam dan Yanti. Sesekali Syukri balik kampung, tapi melihat rumahnya dari jauh. Bila dah dewasa, dapat kerja bagus... Yanti dan nenek Yam menasihati Syukri supaya balik kampung berjumpa dengan ayah dan adik-beradiknya. Walaupun berat hati, akhirnya Syukri balik kampung. Tak sangka ayahnya sakit. Ayahnya turut meminta maaf ke atas segala perbuatannya terhadap Syukri dan adik-adiknya. Drama pondok itu rumahku tamat dengan adegan saling meminta maaf dan berpelukkan antara Syukri dengan ayah dan adiknya. 
Pada Fiza drama tersebut memperlihatkan banyak pengajarannya. Antaranya, bila kita kaki judi... Tak mustahil anak bini akan menjadi mangsa. Kita sanggup menghalalkan cara semata-mata untuk dapatkan duit. Contohnya dalam drama tersebut, Syukri menjadi korban... Di mana dia telah dijual dengan orang kaya. Nasib baik boleh lari, kalau tak... Kena jual lagi dengan orang kaya tersebut. 

Allahu akhbar... Dek kerana kerakusan manusia yang bergelar suami kaki judi, akhirnya mengakibatkan anak-anak menjadi mangsa. 

Semoga dijauhkan daripada sifat tersebut. Sesusah mana pun kehidupan yang dilalui... Janganla jual anak... Sedangkan setiap anak ada rezekinya yang Allah telah tetapkan. 

Wallahu'alam...