Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Susu Terbaik Untuk Orang Tua Dan Mudah Untuk DisediakanDulu mak mertua Fiza minum susu Family Fernleaf, katanya... Bila membuang mesti sembelit, kekadang najis pun keras. Orang kata... Cuba kurangkan sukatan susu supaya tak susah membuang. Tapi, tetap sama. Mungkin faktor kurang makan buah, sayur dan minum air kosong jugak kot yang membuatkan timbulnya masalah sembelit.

Feedback atau reviews


One day, Fiza cadangkan dia minum susu Ensure. Tak sangka pulak dia terima cadangan Fiza. Setelah 4 bulan minum susu Ensure gold 2 kali dalam sehari. Alhamdulillah, balik bercuti kali ni... katanya senang nak membuang. Gastrik pun kurang... Cuma nafsu makan je kekadang hilang. Biasalah, bila usia dah senja... Kekadang rasa nak makan tu kurang. 

Apa yang dia buat sekarang... Selalu makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Nak buat macam mana, kekadang makan pun... Boleh 'sendat'. Mungkin faktor tersebut kot menyebabkan dia kurang bernafsu nak makan.

HARGA SETIN SUSU ENSURE GOLD 850G DAN KEBAIKAN SUSU ENSURE GOLD KEPADA ORANG TUA

Oh! Ya, bercakap pasal susu Ensure. Mak mertua Fiza minum susu Ensure perisa vanila... 1 tin, 850gram dijual dengan harga RM84... Dan antara kebaikan yang terkandung di dalam susu Ensure adalah... 

5 Kelebihan Susu Ensure Gold

  1. Pertama, mengandungi tinggi protien untuk kekuatan fizikal.
  2. Mengandungi 28 tambahan vitamin dan mineral dimana ia mampu memberi tenaga dan nutrisi kepada tubuh badan.
  3. Mempunyai omega 3 yang berasaskan tumbuhan untuk kesihatan jantung.
  4. Mempunyai prebiotik untuk membaiki sistem pencernaan dan
  5. Bebas gluten dan laktosa, sesuai untuk orang yang alergik 
Susu tersebut didatangkan dengan 2 perisa iaitu Vanila dan coklat. If korang nak beli... Rasanya ada je di jual di supermarket atau mall... Tak pun di farmacy, watson atau di Gardian. Kalau di Samarahan, Kuching... Encik suami beli di H&L Aiman Mall.

Cara minum dan cara bancuh susu ensure gold pun senang, sebab dalam tin dah disediakan sudu khas. Setiap pagi Minum 150ml air... Then bubuh 6 sudu susu. Goncang² dan minum! Mak mertua kata sangat sedap. Harga pun berpatutan.


Susu Ensure Gold Sesuai Untuk Siapa Sebenarnya?

Untuk maklumat korang jugak, susu ensure gold actually boleh diminum oleh semua peringkat umur kecuali bayi kerana formulanya tidak sesuai untuk si kecil.

Kemudian...

Kenapa Fiza recommend sangat? sebab susu tersebut sedap, tak berbau, bau pun bau vanila, sesuai untuk lelaki dan perempuan, Cara nak menyediakannya pun senang. Mengenyangkan lagi. Sesuai untuk mereka yang tak suka makan pagi. Malah, susu ini jugak dicadangkan oleh doktor untuk warga emas sebagai pengganti makanan kerana kandungannya yang begitu kaya dengan pelbagai jenis vitamin. So, for those yang tercari-cari susu yang sesuai untuk mak ayah korang yang sakit... Tak nak makan... Bolehla try susu Ensure. Manala tau... Serasi. Kan? Pendek kata, susu ensure gold adalah antara susu yang terbaik untuk warga emas.

Sekian, sedikit reviews daripada Fiza mengenai susu Ensure gold... Berdasarkan pendapat mak mertua Fiza sendiri. Jadi, terjawablah sudah susu ensure gold sesuai untuk siapa. 

#susuuntukwargaemas
#susuensuregold