Assalamualaikum, hai...
6 Fakta Menarik Tentang Tandas - Alhamdulillah, bila idea datang mencurah semua benda nak update. Tapi... Kalau dah takde idea, duatiga hari juga blog sunyi tanpa entri baru. Kan!


Fakta menarik tentang tandas

Kalau entri sebelumnya, Fiza bercerita pasal sambutan hari kemerdekaan di sekolah encik suami... Kali ni pulak mengenai tandas. Apa fakta menarik tentangnya.
  1. Maharaja China adalah merupakan individu pertama menggunakan kertas tandas pada 1391 A.D. Saiz kertas tandas yang digunakan ketika itu adalah 2 x 3 kaki. Pada tahun 1890, Scott Paper Company mula mengeluarkan kertas tandas bergulung seperti mana yang kita lihat hari ini.
  2. Pam tandas dicipta oleh Thomas Crapper dari United Kingdom. Mengepam tandas mewakili 38 peratus daripada penggunaan air di rumah.
  3. Profesor sosiologi, Harvey Molotch yang menulis Toilet : Public Restrooms and the Politics of Sharing, menyebut : " Kita sepatutnya menggunakan air dan bukannya tisu kertas untuk membersih. Ia lebih mesra alam dan menawarkan tahap pembersihan yang lebih sempurna".
  4. Tandas di Jepun merupakan yang terbaik di dunia. Mereka mengambil isu tandas sebagai sesuatu yang sangat serius berbanding masyarakat negara lain di dunia.
  5. Doktor mencadangkan agar berus gigi diletakkan sekurang-kurangnya enam kaki dari tandas bagi mengelakkan partikel yang berterbangan sewaktu kita mengepam tandas melekat pada berus gigi.
  6. Secara purata, seorang individu menggunakan tandas sebanyak 2500 kali setahun atau 6-8 kali sehari. Itu bermakna kita telah meluangkan masa selama 3 tahun di dalam tandas!
Sumber Majalah iSIHAT 

Kalau tak baca fakta ni, memang tak tahu siapa orang pertama guna tisu tandas di dunia dan siapa orang yang cipta pam tandas. Nice info... Kan?

Itu Fakta, tapi...
Pernah tak masa kita masuk tandas awam... Tiba² nampak najis orang lain terapung di dalam mangkuk tandas. Apakah tindakan yang akan kita ambil?
  1. Tolong flush? Tahniah! Satu sikap yang harus dicontohi.
  2. Atau terus memekik memaki hamun dengan nada suara yang tinggi di dalam tandas... Atau
  3. Cepat² mengalih pandangan ke tempat lain dan keluar dari tandas tersebut dan mencari tandas yang lebih bersih.
Seriously, Fiza selalu ambik langkah yang ketiga. Korang pulak bagaimana?
Walaubagaimana pun, apabila dikaitkan dengan media sosial. Situasinya lebih kurang sama... Jika kita nampak status najis dan hancing melalui garis masa facebook... Kita cuba scroll laju² dan lupakan tentangnya. Jangan ambil tahu lansung dan beralihla  pada status yang lebih positif dan membina minda yang progresif dari melayan status tahi busuk. - Petikan FB Cikgu Emmet
Yup! Fiza setuju dengan pendapat cikgu emmet... Bayangkan status yang berbaur fitnah dan kita lansung tak tahu kejadiaan yang sebenar... Tetiba kita terheret sekali berjemaah menyebarkannya. Apa yang kita dapat, dosa free adalah... Nauzubillahiminzalik...

Sama²lah kita beringat.