Assalamualaikum, hai...
Bukan Seribu Rindu, Tapi Villa Ghazara | Semalam dah tengok dah promo drama terbaru yang akan gantikan cinta bukan kristal. Rupanya bukan drama Seribu Rindu. Tapi, Villa Ghazara. Akan mula ditayangkan pada Isnin nanti, jam 7 malam... Semestinya di slot akasia tv3.
Based on beberapa laman, drama tersebut dibintangi oleh beberapa orang pelakon seperti Mustafa Kamal sebagai Dr. Ghaz, Haleeda Mazlin sebagai Zara, Syukri Yahaya sebagai Hariz, Azira Shafinaz sebagai Ariana. Dengar cerita jugak... Drama ni ada 40 episod dan sepatutnya ditayangkan dalam slot samarinda. Hurmmm... Banyak betul episod sampai 40.
SINOPSIS VILLA GHAZARA DI SLOT AKASIA TV3
Tengok tajuk, nama villa tersebut... Sepertinya gabungan daripada nama Dr. Ghaz dan isterinya Zara. Seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.
Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).
Kerana sikapnya yang senantiasa mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain
Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.
Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.
Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? - Sumber sinopsis daripada myinfotaip.com
Apa-apa pun, Syukri Yahaya dan Azira Shafinaz sepertinya hero dan heroin dalam drama ni. First time Fiza tengok dorang berdua digandingkan bersama. Adakah gandingan dorang mampu membawa drama Villa Ghazara menjadi trending... Kenalah tengok sendiri malam esok.
Save the date ok!
Fiza pulak, bergantung pada first episod. Kalau best... In Shaa Allah akan layan. Kalau tak, memang tak akan layan. Al-maklumlah, sejak akhir-akhir ni... Trend drama bersiri di slot akasia tv3... Asyik pasal cinta 3 segi je... Bosan pulak nak tengok. Lagi pun... Masa tayangan jam 7 malam. Jarang dapat tengok on time.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.