Assalamualaikum, hai...
Doakan Yang Terbaik Buat Mereka - Tadi, lepas tidurkan anak²... Fiza sempat jugaklah baca online news dan scroll FB... Terbaca tentang kisah Elfira Loy bertunang di harian Metro, dan berikut adalah petikan berita yang Fiza maksudkan. Sejauh mana kebenarannya, kenalah tunggu si empunya badan buat pengakuan. Kan?
Kredit : IG Elfira Loy |
SELEPAS enam bulan melalui episod putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy dikhabarkan sudah menemui cinta baru apabila dilaporkan mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka pagi hari ini. Menurut laporan sebuah portal, Elfira dikatakan selamat mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur. Difahamkan, jejaka itu bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota. - Petikan Artikel Harian Metro
Bermacam-macam pendapat netizen lontarkan... Positif, negatif semuanya ada. Tapi, bukan itu yang Fiza nak ulaskan. Siapa yang bersalah dalam hubungan dia dan Sufian Suhaimi sebelumnya... Wallahualam, hanya mereka yang tahu apa sebenarnya yang dah berlaku. Jodoh dan pertemuan... Semuanya ketentuan Allah. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Sebagai saudara seislam, sewajarnya kita mendoakan kebahagiaan mereka... Dan bukannya membuat pelbagai andaian dan hukuman. Siapa kita untuk mengukum. Semoga mereka beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat hendaknya. Bila kita mendoakan saudara seislam kita... In Shaa Allah, akan ada insan lain yang turut mendoakan kita. Mudah-mudahan hendaknya.
Fiza bukanlah nak mengecam, tapi apakah yang kita dapat bila kita terlalu mudah melontarkan kata² sinis kepada orang lain. Adab kat mana?
Jika kita tak tahu situasi sebenar... Dan tiba² buat cerita. Bukankah itu fitnah namanya... Sedangkan hukum fitnah juga cukup menakutkan. Wallahualam...
2 Comments
semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDelete😊😊😊😊
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.