Assalamualaikum, hai...
fizacrochet.com - Andai benar restoran terbuka diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, Fizalah orang yang akan sokong 200%. Kenapa?

Fiza tak benci pada perokok, sebab bapak Fiza pun merokok. Cuma, paling Fiza tak suka bila part makan di kedai makan. Allahu Akhbar, kalau dah sampai dua tiga orang merokok... Dalam satu masa di tempat makan... Semput dia boleh membantutkan hawa nafsu nak makan.

Merokok di kedai rokok

Pernah sekali, masa tu Fiza kerja... Dan masa tu jugak mengandungkan Ain. Makan di satu kedai makan ni... Mula-mula takde lagi orang merokok. Bila order sampai di meja Fiza... Kebetulan datang 3 orang lelaki, Fiza rasa umur dorang dalam lingkungan  tigapuluhempatpuluh macam tu la...

Tengah dok sedap Fiza makan... Tetiba dua daripada 3 orang lelaki tu merokok... Aduhh!!! Tak selesa sungguh hidu bau asap rokok time makan... lebih² lagi Fiza sejenis manusia yang tak tahan hidu bau rokok. Apalagi... Air tak minum lagi, makan pun duatiga kali suap... Terus Fiza angkat kaki, bayar... 3 lelaki tu dok pandang² Fiza. Lepas tu... Budak dekat kaunter pun dok tengok² Fiza jugak... Siap tanya... Kenapa air tak minum sis? Yelah!!! Order baru sampai kot. Makan pun tak sampai separuh lagi... Apalagi, Fiza pun jawablah... Tak tahan bau rokok sambil senyum²... Dan terus pergi dari kedai tu.

Biarlah rugi daripada Fiza menahan sesak di dada. Faham ke tak faham ke dorang. Terpulanglah... 

Tanda larangan merokok

Tapi, baru² ni Fiza lalu kedai makan tu. Ada papan tanda larangan merokok terpampang besar kat kedai tu... Mungkin ramai kot yang komplen. That why dorang buat gitu. Harap² para perokok fahamlah hendaknya.

Nasib baik encik suami tak merokok. Kalau tak hari² mood Fiza boleh swing. Entahla... Part rokok je, mesti Fiza tak tahan... Sebab tu, kat rumah bapak tau kami tak tahan bau rokok... Jauh² di laman rumahla tempat dia merokok... Kalau tak... Mendengarlah dia bebelan daripada emak.

Sebagai perokok... Ingatlah orang di sekeliling. Tapi, kena faham...


HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT 

Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :

Firman Allah Taala :

Ertinya :
Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :

"Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.


Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan "Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya " - Sumber : Kemusykilan Islam

Apa-apa pun, semuanya atas diri kita sendiri. Orang lain tak boleh nak ubah sikap kita, kalau kita sendiri dah pilih untuk terus merokok. Cumanya, kenalah ingat orang di sekeliling... Janganlah pentingkan diri sendiri sudah.