Assalamualaikum, hai... 
Kisah Antara Kita Oleh One Avenue Band | Sesekali layan lagu famous, best jugak. Bila usia dah menginjak 30-an... Fiza jarang sangat nak layan lagu² di youtube. Nak kata tak minat, tak jugak. Cuma disebabkan kekangan masa kot yang menyebabkan malas nak mendengar lagu di youtube. 

Bila ramai yang dah share lagu kisah antara kita, tiba² perasaan ingin tahu... Macam mana lagu tersebut dialunkan... Membuatkan Fiza tercari-cari akannya di enjin carian. Ternyata, best jugak lagu ni. Lagu dan liriknya dihasilkan oleh vokalis kumpulan One Avenue Band sendiri, iaitu Reyhan. Gubahan dan susunan muziknya pulak diatur oleh keyboardist dorang, Mahathir VAI yang cacat penglihatan.



Kisah antara kita

Kepada yang belum mengenali One Avenue Band, mereka berempat merupakan buskers selama 5 tahun yang dikenali dengan One Avenue Buskers, telah berjumpa dengan WMCRecords yang joint venture dengan FutureMusic Entertainment. Kemudian mereka menghasilkan single pertama dorang, Kisah Antara Kita. 

Tajuk Lagu : Kisah Antara Kita
Lirik : Reyhan OAB
Komposer : Mahathir VAI
Produksi : FutureMusic Entertainment

Mengapa terjadi oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku, ku bias mempercayakan kamu
Tanpaku sedari kau mempermainkan cintaku

Chorus :
Sayang…
Haruskah kau memperlakukan
Sebegini…
Apakah salah diriku ini
Terhadapmu…
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin…
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima….
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali….
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

Maaf…kan
Aku telah mengecewakanmu
Hati ini…
Tak dapat merubahkan apapun
Diri ini….
Telah dimiliki tanpa kusedari

Mungkin…
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima…
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali…
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali
Mengenali dirimu
Ku berjanji akan meneruskan
Hidup tanpamu

ULASAN PERIBADI TERHADAP LAGU KISAH ANTARA KITA

Pada Fiza, lagu ni sangat menarik dan cukup lembut alunannya. Bersesuaian dengan cerita disebalik lagunya... Di mana ia bercerita tentang perasaan seorang lelaki ditinggalkan oleh kekasihnya yang mencintai lelaki lain. Betapa peritnya hati yang terluka dek kerana terlalu mencintai tetapi dikecewakan.