Assalamualaikum.
Good Morning.

Cara Mencuci Span Makeup Dengan Mudah | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita. Entri kali ni, Fiza ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana hendak mencuci span makeup untuk blend foundation dengan mudah dalam masa 5 minit. Actually, tip mencuci sponge beauty blender ni Fiza perolehi daripada intagram 5 minute crafts dan ternyata ia amat berkesan... 

Cara membasuh span blender fondation jenis lequid

Cara Membasuh Span Makeup Dengan Mudah Dan Cepat

So, berikut adalah langkah demi langkah bagaimana hendak mencuci span muka dengan mudah.

Cara cuci sponge beauty blender dengan mudah

  1. Ambik segelas air.
  2. Kemudian, masukkan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk.
  3. Masukkan sponge blender ke dalam gelas tersebut dan picit-picitkan.
  4. Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit.
  5. Keluarkan dan picit sehingga semua kotorannya keluar.
  6. Siap! Nampak baru bukan... Dah siap, jemurlah sehingga kering.
Tapi, bagi yang takde microwave, rendam sekejap span beauty blender korang dengan sabun buku atau pencuci pinggan mangkuk...  Lebih kurang 5 minit gitu... Gosok dan picit span perlahan-lahan... Bila kotoran dah bersih... bolehla jemur sehingga kering. Mudah sangat. Kan?

Berapa lama span muka atau foundation boleh digunakan? 

Sangat mudahkan. Lagi satu, untuk pengetahuan semua... Span muka hendaklah ditukar dalam tempoh masa selepas 3 bulan penggunaan. Penting tu... Taklah nanti muka bermasalah naik jerawat.

Semoga bermanfaat.