Assalamualaikum, hai...
Cara Paling Mudah Membuat Lemang Di Rumah | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. Kali ni kisah Aidiladha yang masih lagi berbaki.


Lemang segera

Nak dijadikan cerita, masa raya qurban haritu… Mak mertua Fiza teringin nak makan lemang. Dek kerana takde masa nak ambik buluh, daun pisang semua… Adik ipar cadangkan… Beli je instant lemang. Mula-mula agak terkejut jugakla Fiza... Ada ke lemang segera dijual seperti nasi impit?

Bila tengok encik suami bawak dari kedai, rupanya lemang segera pun ada dijual. Lemang Instant Nona ok! So, lepas ni dah tak perlu risau lagi nak buat lemang kukus ke… Lemang periuk kera ke… Lemang buluh ke… Lemang betawi ke… lemang bakar ke… Dah tak perlu semua tu… Beli je lemang instant, masak selama 45 minit… Dah dapat makan lemang. Sangat mudah dan cepat.

CARA MASAK LEMANG INSTANT NONA

Alhamdulillah, untuk yang nak merasa lemang instant... Di bahagian belakang bungkusan terdapat cara-cara memasak lemang Nona segera, di mana :-


Cara masak lemang segera

  1. Masukkan 5 paket lemang Nona ke dalam periuk yang berisi 2 liter air (10 cawan). Rebuskan lemang Nona di atas api besar sehingga mendidih (lebih kurang 5 minit). 
  2. Campurkan serbuk berperisa santan yang disertakan dalam bungkusan lemang ke dalam air rebusan dan kacaukan seketika.
  3. Kemudian, perlahankan api dan biarkan ia mendidih atau masak selama 45 minit. 
Walaupun mudah, tapi rasanya taklah sehebat lemang ori dari buluh dan daun pisang. Agak masin jugakla rasa santan berperisa yang disediakan. Kalau tak nak guna yang instant... Boleh je bubuh santan dan garam sendiri. Nanti, bolehla adjust rasanya. Betul tak?


Instant lemang yang dah masak

Nak beli? Rasanya lemang segera tersebut boleh didapati di mall ataupun supermarket. Kalau malas nak keluar membeli, boleh je beli secara online di Lazada ataupun Shopee... Harga untuk lemang segera Nona seberat 260g adalah antara RM5.80 sehingga RM6.00.

Selamat mencuba!