Assalamualaikum, hai...
Isu Main Kutu Di Media Sosial | Minggu ni #mainkutu menjadi trending di media sosial. Semuanya gara-gara ada kes penipuan di antara mak-mak kutu atas talian. 

Hurmmm... Main kutu atas talian memang ada risikonya. Nak-nak kita hanya mengenali mereka melalui media sosial. Hati-hati ye... Zaman sekarang ni, takde benda yang mustahil... Testimoni dari orang lain pun boleh diedit dan dijadikan testimoni sendiri tau... Sudahnya kita yang tertipu. Kalau nak main pun... Biarlah secara offline... Lagi selamat dan mudah... Walaupun mudah, kena jugak beringat. Main kutu pun ada hukumnya. 


So,  melalui artikel yang dipetik dari laman sinar, berikut adalah ringkasan hukum bermain duit kutu oleh ustaz Azhar Idrus. Orang Sarawak sebut... #mainhoi... 



Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
"Saya berhutang kepada awak semua"
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"
Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam...
Sumber : Sinar


Alhamdulillah. Semoga dengan jawapan yang ustaz Azhar Idrus bagi, kita lebih jelas mengenai hukum bermain kutu.