Assalamualaikum, hai...
Isu Pengharaman Straw Plastik Di Media Sosial | Semenjak berita pengharaman straw untuk tujuan konvensional bermula 1 Januari 2020, ramai netizen yang menzahirkan pendapat masing-masing. Positif dan negatif feedback, itu adalah perkara biasa dalam dunia socmed. No right, no wrong... Every single person punyai pendapat masing-masing. Kita kena terima perbezaan pendapat itu dengan hati yang terbuka.


Straw biodegradasi
Kredit : satujohor.net

Namun, kita kena berfikiran positif dan husnuzon... Sebab, manusia mencemarkan bumi dan lautan setiap masa dan dikatakan 80% daripada bahan buangan adalah barangan yang diperbuat daripada plastik. Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu jugak menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke dalam lautan setiap tahun dan banyak hidupan laut menjadi mangsa.


Straw polution

Daripada jumlah tersebut, 2000 tan adalah straw plastik dan straw adalah antara 10 barangan plastik yang paling banyak ditemui... Pemilihan straw plastik sebagai salah satu kempen menghentikan penggunaan plastik adalah jugak bertitik tolak daripada satu video yang telah ditularkan pada tahun 2015 menunjukkan seorang pakar biologi hidupan laut mengeluarkan straw daripada hidung seekor penyu. Bermula daripada situlah... Terdapat negara² yang melaksanakan pengharaman straw plastik... Antaranya adalah seperti Uk, Taiwan, Hawaii, Scotland, Costa Rica, Kanada, India dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Walaupun mengharamkan penggunaan straw plastik tidak akan menyelesaikan semua masalah... At least, ia adalah permulaan yang baik untuk kita fikirkan agar membuat perubahan tingkahlaku kita supaya lebih sensitif kepada isu penjagaan alam sekitar.

Lagipun, memelihara alam sekitar juga adalah ajaran Islam. Banyak ayat-ayat yang menyentuh kepentingan menjaga alam sekitar dan kebersihan... Antaranya....
"...(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka."-Surah Ali-Imran :191
Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikalnya, alam sekitar dan seluruh cakerawala ini adalah kebesaran Allah SWT yang Maha Pencipta. Orang² yang beriman perlu sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar tetap terpelihara dan bersih. Bukan saja dalam keadaan aman, malah di dalam apa jua situasi.

Ingatlah akan azab Allah, seandainya kita mengingkari perintahnya... Dalam Surah Al-Rum, ayat 41 ada menyatakan...
"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, Semoga mereka kembali bertaubat."
Setiap perbuatan yang baik dan melaksanakan tanggungjawab itu pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal... Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil, Maha Pemurah lagi Maha bijaksana.... Maka, bersama-samalah kita beringat. Kredit : Sumber

Jangan mudah melatah. Sebaik-baiknya fikirkan apakah kebaikan di sebalik setiap tindakan... Kena husnuzon selalu. Lagi pun, banyak lagi alternatif lain. 

Wallahualam... Selagi kita TIDAK mengubah carta sikap kita yang lalu... Sampai bila² carta sikap itu tak kan berubah... Malah akan jadi tradisi turun menurun. Pilihan di tangan kita. Tak gerun ke dengan kemusnahan alam sekitar di sana-sini... Bersama-samalah kita beringat.