Assalamualaikum, hai...
Kisah Lelaki 80 Tahun Tiba-tiba Sakit | Suatu ketika, Seorang lelaki tua yang sudah berumur 80 tahun tiba-tiba diserang penyakit batu karang. Anak-anaknya pun segera membawanya ke hospital. 

Sampai di hospital doktor terus melakukan pembedahan pembuangan batu karang lelaki tersebut. Akhirnya keadaannya kembali normal dan sakitnya pun hilang.

Anak-anaknya langsung berterima  kepada doktor dan tak habis-habis memujinya kehebatan doktor tersebut. 

Kemudian mereka menoleh kepada bapak dorang untuk menenteramkan hatinya. Tetiba bapak dorang menangis semahunya. Mereka cuba menenangkannya dan menanyakan penyebab tangisannya; ‘masalahnya batu karang bapak dah berjaya, kenapa bapak menangis??’.

Bapak itu kembali tenang dan kemudian menjelaskan sebab tangisannya dengan beberapa kalimat:

“Sekali saja doktor menolongku, tetapi kita sudah merasakan kebaikan dan keutamaannya, kemudian kita memenuhinya dengan kalimat syukur. Sedangkan sudah 80 tahun lamanya Allah (yang maha mulia) meliputiku dengan nikmat, kurnia, dan perlindungan-Nya, tanpa perlu pembedahan apapun, tetapi kita tidak merasakan kurnia-Nya dan tidak memenuhi kewajiban untuk mensyukuri-Nya!”. - sumber : https://t.me/kisah

Kisah lelaki 80 tahun
Sumber : Pinterest

Kisahnya mempunyai maksud yang sungguh mendalam. Betul la kata lelaki tersebut. Doktor cuma sekejap je menyelamatkan dia... Tapi, anak-anaknya begitu berterima kasih kepada doktor tersebut... 

Padahal, sepanjang usianya 80 tahun betapa panjangnya nikmat sihat yang diberikan oleh Allah. Sepatutnya, sebelum sakit kita lebih bersyukur sekaligus sujud syukur padaNYA... Kerana telah mengurniakan nikmat sihat yang begitu panjang. 

Wallahualam. Semoga kisah lelaki tersebut menjadi pengajaran buat kita.