Assalamualaikum, hai...
Padanan Warna Lengkap Pakaian Lelaki Termasuk Seluar, Kemeja, Suit Dan Kasut | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus menulis dan menulis. Topik kali ini berkaitan dengan panduan pemilihan warna pakaian yang sesuai untuk kaum lelaki yang bekerja di pejabat. Jangan ingat orang perempuan je tahu melaram. Lelaki pun ada yang jenis pentingkan keterampilan diri. Betul tak?

How to
Sumber dari Facebook

PADANAN WARNA UNTUK SELUAR DAN KEMEJA YANG SESUAI

Oleh yang demikian, untuk pemilihan kemeja dan seluar, berikut adalah pilihan padanan warna yang bersesuaian, antaranya:-
  1. Seluar bewarna khaki, sesuai dipadankan dengan warna kemeja seperti Navy blue, Maroon, Merah, Hijau, Hitam, Putih, Unggu, Teal, Merah Jambu dan Kelabu.
  2. Jika memilih seluar bewarna hitam pulak, warna kemeja yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti Biru, Maroon, Merah, Turquoise Green, Light Orange, Putih, Unggu, Light Yellow, Light Pink dan Light Gray.
  3. Seluar bewarna Cream pulak, sesuai untuk dipadankan dengan kemeja bewarna Navy Blue, Maroon, Pink, Sea Green dan Hitam.
  4. Manakala, seluar bewarna kelabu pulak sangat sesuai dipadankan dengan kemeja bewarna Biru, Hijau, Merah, Hitam, Spring Bloom, Putih, Unggu, Aqua, Light Pink dan Cherry.
  5. Last sekali untuk seluar bewarna Navy Blue. Warna kemeja yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti warna Putih, Kuning, Merah Jambu, Peach, Light Green, Unggu, Royale Blue, Coklat, Maroon, Margenta, Aqua, Cream, Khaki, Merah, Kelabu, Hitam, Rost Orange, Cromson dan Sunny Yellow.
How to
Sumber dari Facebook


PADANAN WARNA YANG SESUAI UNTUK SUT, TALI LEHER DAN KASUT

Itu untuk padanan warna seluar dan kemeja. Seterusnya, Fiza nak share jugak panduan untuk match'kan warna kasut, sut dan tali leher. Antaranya...
  1. Suit bewarna hitam sesuai dipadankan dengan kasut bewarna hitam dan tali leher bewarna merah.
  2. Suit bewarna Navy, Light Gray dan Indigo sesuai dipadankan dengan kasut bewarna hitam, coklat dan tan. Manakala untuk tali leher, warna yang sesuai adalah merah, Aqua dan biru muda.
  3. Manakala suit bewarna Charcoal, sesuai dipadankan dengan kasut bewarna hitam dan coklat. Manakala untuk tali leher, warna yang sesuai untuk dipadankan dengan sut bewarna Charcoal adalah biru.
Sangat sesuai kan. Semoga ianya bermanfaat dan menjadi inspirasi buat lelaki yang ingin kelihatan menarik dari segi penyesuaian seluar, kot, kemeja,  tie dan kasut. Lelaki pun nak kelihatan kacak. Betul tak?