Assalamualaikum, hai...
fizacrochet.com - Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah S.W.T telah berikan. Nikmat untuk menyambung pelajaran sampai ke tahap PHD jugak adalah salah satu cabang rezeki yang Allah berikan. Namun, tidak bermakna semua perkara kita tahu.

Jangan pandang rendah terhadap orang lain

Contohnya :-
Kisah seorang profesor yang dikongsikan oleh Hamdan Taha dalam facebooknya.

Alkisah, satu hari... Seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah² sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca tak?"

"Tidak. Saya buta huruf, " Jawab pendayung sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, " Kamu ada membuat simpanan di bank?".

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup² makan je."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak dan bergerak mengikut dayungan pendayung.

Tiba²... Langit menjadi hitam pekat dan diikuti dengan kilat sabung-menyabung... Lalu, hujan pun turun dengan lebatnya. Air masuk ke dalam sampan mereka dengan banyaknya dan hampir menyebabkan sampan mereka tenggelam. Lalu, Si pendayung sampan bertanya kepada profesor, " Tuan, adakah tuan pandai berenang?

"Er, err... Saya tidak tahu, " Jawab profesor panik.

"Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan! ".

Begitulah, kisah seorang profesor yang begitu angkuh berkata-kata.

Pengajarannya :-
Tuhan tidak mencipta manusia dengan kebodohan. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Jangan merasakan diri kita hebat dan memandang rendah pulak dengan orang lain yang tidak setaraf dengan kita.

Muhasabahlah diri kita agar sentiasa merendah diri serta berakhlak mulia. Semoga kisah profesor tersebut menjadi ikhtibar buat kita semua. Aamiin...