Assalamualaikum, hai...
Susu Omega Plus Dan Crackers Roma Je! | Hurmmm... Pagi ni korang breakfast apa? Fiza pulak... Alhamdulillah, minum susu omega cicah crackers Roma je. 

Susu omega plus segelas

Selain biskut jacob's weatmeal, lately... Encik suami suka beli cream crackers Roma. Semuanya dek kerana pengaruh iklan di tv.


Cracker Roma

REVIEW BISKUT CRACKERS ROMA

Sedap ke crackers roma?

Alhamdulillah, memang tak mengecewakan. Teksturnya yang rangup, tak berminyak, rapuh, kurang manis dan masin. Kurang lemak... Seeedap sangat!!. Serius, Anak-anak pun suka. 

Harga pun berpatutan. Dalam 1 pack, ada 3 bungkusan. Seberat 135gram... Dijual dengan harga RM3.80 sahaja. Nak beli? Rasanya mudah je didapati di kedai mahupun supermarket. 

Lepas ni, mak-mak yang tengah berpantang... Bolehlah pelbagaikan jenis crackers korang. Taklah jemu makan sejenis cracker je kan?

Fiza kalau berpantang lepas bersalin, memang tak makan kuih. Even ramai yang kata ada beberapa jenis kuih yang boleh dimakan... Tetap jugak pilih crackers sebagai snek berpantang. Lain orang lain cara la kan. Masing² ada pilihan. Betul tak?