Assalamualaikum, hai...
fizacrochet.com - Siapa suka makan tomato? Korang tahu tak, berdasarkan majalah iSIHAT keluaran November 2011... Tomato sebenarnya amat baik untuk kesihatan kaum lelaki. Kena take noted ok. Al-maklumla, kanser prostat adalah salah satu kanser yang diketegorikan sebagai pembunuh dalam diam untuk kaum lelaki.
Pengalaman Family Fiza sendiri pun...
Setahun yang lepas, abang kepada bapak mertua Fiza meninggal dunia dek kerana menghidapi kanser prostat tahap 4... Dia hanya mengetahui penyakitnya beberapa bulan sebelum meninggal... Allahu Akhbar... Terus tahap 4... Tu yang macam tak percaya je dia menghidap kanser prostat. Namun, takdir telah menentukan... Kami menerimanya dengan redha.
Disebabkan itu, entri kali ini... Fiza nak berkongsi jugaklah satu info mengenai tomato dan kaitannya dengan kanser prostat.
Di mana...
Hasil kajian ke atas 47, 000 orang mendapati lelaki yang memakan tomato antara 2-4 kali dalam seminggu, mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding dengan lelaki yang tidak memakannya.
So, tak salah kan kita cuba mengamalkan buah tomato dalam diet harian... Untuk mencegah sebelum kena. If tak suka makan begitu sahaja... Bolehla di add-on dalam sup ayam. Tak pun... Buat sambal belacan tomato. Sedap apa. Hehe...
Apa-apa pun, kita hanya mampu berusaha... Selebihnya kita kena tawakal kepada Allah.
2 Comments
Tomato sedap, makan camtu saje pun boleh
ReplyDeleteWah kena makan tomato selalulah.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.