Assalamualaikum, hai...
Ulasan Terhadap Drama Bahagia Bukan Bidaan | Bila dah masuk episod 10 semalam, Nik dah pun selamat bertunang dengan Hana. Azlan pulak berkahwin dengan Aina. So far, plot ceritanya semakin menarik untuk ditonton. Terasa lucu pulak tengok Adi Putra jadi seorang yang romantik dalam drama ni. Biasanya... Dia kan selalu bawak watak yang serius memanjang.
Bila berlakon pulak dengan Nora Danish yang agak manja. Alahai... Boleh senyum sorang-sorang tengok gelagat dorang dalam drama ni. Tapi, apakah reaksi Hana yer bila tahu Nik sebenarnya dah berkahwin? As a perempuan, Fiza agak geram jugaklah dengan Nik even ia hanyalah sekadar #drama. Kenapa sebelum bertunang tak nak berterus-terang je dengan Hana. Sungguh pentingkan diri sendiri. Right!
Hakikatnya itulah kebenaran yang kekadang berlaku dalam masyarakat kita harini. Tanpa kita sedar, drama ini mengajar kita untuk membuka mata seluas-luasnya. Bila kita curang dengan pasangan, ada banyak peluang dan ruang untuk orang lain menghulur cinta terhadap mangsa kecurangan kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Sampai bila-bila ia tetap kekal terpahat di hati.
Itulah yang berlaku antara Azlan dan Hana. Baru beberapa hari kawin, bila Aina tak sediakan sarapan. Dia cuba memujuk Hana untuk kembali kepadanya. Sungguh tamak! Walaupun pernah hidup bersama selama 16 tahun, Hana tetap tidak mahu menerima kembali Azlan dalam hidupnya. Carta sikap, membuatkan Hana serik untuk kembali kepada Azlan.
Begitulah manusia... Sudah terhantuk baru tergadah. Bila dah susah baru hendak beringat. Itulah pengajaran yang perlu kita ambik supaya tidak terjadi dalam kehidupan kita.
Apakah yang berlaku antara Nik dan Hana? Kenalah tengok dalam episod 11 malam ni ok!
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.