Assalamualaikum, hai... 
Viral pulak kes sebatan ke atas lesbian di Terengganu! | Dalam dua minggu kebelakangan ni, kita disajikan dengan pelbagai isu yang hangat di media sosial... Sampaikan ada yang bertikam lidah... Dan isu paling menonjol mendapat perhatian para netizen adalah seperti berikut :-
  1. Kes video lagu bobo di mana, Nyanyian Dato' Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna. 
  2. Kes sebatan ke atas lesbian di Terengganu dan
  3. Terbaru, kes restoran terbuka yang hendak diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. 


Namun, entri kali ni... Fiza ingin menyatakan luahan rasa sahaja ok.

UNDANG TETAP UNDANG. Sebagai rakyat kita kena patuh kepada peraturan. Sudah terang lagi bersuluh... Pesalah pun dah mengaku salah... So,  kena terimala hukumannya. Lagi pulak... Memang wajar pun sebatan tersebut dilakukan... Lebih² lagi dengan budaya kehidupan masyarakat kini yang semakin mencarut. Sekurang-kurangnya... Bila mendengar perkataan SEBATAN... masyarakat jadi takut untuk melakukannya. Tu pun kalau takut la kan... 

Tak perlulah kita nak bertikam lidah,  masing² nak tegakkan kebenaran masing²... I'm right tak sudah... Alih², main tuduh menuduh pulak... Kata itu... Ini tak boleh, sedangkan ada institusi dan para ulama yang dijadikan tempat rujukan. Biarlah mereka yang membuat keputusan. Dan terima keputusan dengan hati yang terbuka. 

Jangan disebabkan terlalu banyak masuk campur tangan, benda remeh jadi complicated. Lagi pulak... Hukuman sebat adalah tujuan untuk mendidik masyarakat dan bukannya sekadar menghukum pesalah. Undang-undang jenayah syariah tujuannya adalah untuk mentarbiyah (mendidik) pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. 

Hukuman tersebut tidak zalim dan mencederakan pesalah sebagaimana sebatan kepada pesalah sivil. Yang nyata... Orang awam jugak yang menyaksikan hukuman sebat tersebut, ini adalah sebagai mesej yang jelas dan cara pencegahan awal supaya jenayah lesbian ini tidak terus berulang.

Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang mudah nak melaksanakan sesuatu hukuman... Lebih² lagi dalam kesalahan jenayah Syariah... Hakikatnya, perlu dapatkan bukti kukuh dan saksi yang benar untuk dijatuhkan sesuatu hukuman. 

Dalam kes tersebut... Seperti yang kita ketahui... Pesalah mengaku bersalah, kerana itu hukuman tersebut dijalankan. Kalau dorang tak mengaku, ianya jadi lebih rumit kerana perlu dapatkan saksi dan bukti sebelum dibicarakan. 

Islam sebenarnya mudah... Tapi menjadi sulit apabila ianya diputarbelit. Moga, kita semua bersatu hati dan saling percaya mempercayai... Kata Malaysia #kitapunya...  Kan! Tak perlulah nak bertelagah sesama sendiri. 

Akhir kata "Hidup tanpa peraturan, pastinya pincang".