Assalamualaikum, hai...
Warna Pensil Murah, Mana Nak Beli? | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita. Kebiasaannya, bila cuti... Fiza memang lambat nak update blog. Nak² bila encik suami dan Alia ada di rumah.
Harini kami anak-beranak ke pasar Debak sekejap dalam pukul 9 pagi... Temankan encik suami baiki break basikal sekali tukar seat basikal. Then, carikan warna pensil untuk kak Alia dan Ain. Oh! Ya, untuk tukar seat dan baiki break... Bayaran perkhidmatannya adalah RM21. Mahal ke Murah?
Untuk warna, Fiza takdelah nak beli yang mahal². Beli pun ikut kemampuan. Alhamdulillah, Fiza suka membeli warna di kedai 100%. Harga pun RM2.60 sahaja. Kualitinya... Walaupun taklah sehebat warna² mahal... Yang penting, hasilnya jugak licin dan cantik.
Sebab mengapa Fiza suka color pencils kuru boya, Mozart...
- Pertama, ia adalah produk dari Turkey, non toxic
- Murah
- Berbentuk 3 segi, sangat sesuai untuk anak² di tadika mahupun prasekolah untuk menguatkan otot jari-jemari supaya mudah untuk menulis ataupun mewarna.
- Tidak rapuh bila diasah dan
- Selamat untuk anak²
Sampai di rumah... Settle semua kerja. Around pukul 2 petang, Fiza menemani kak Alia membuat kerja² sekolah dia. Walaupun Isnin cuti umum, Fiza tetap ingatkan kak Alia mengenai kerja² sekolah. Taklah nanti... Sibuk last minute. Kan?
Siap kerja rumah... Kami duduk santai² di laman rumah sambil makan jagung lagi. Musim jagung kenalah nikmati sepuas-puasnya... Hehe.
2 Comments
Ok eh colour tu sis, kelak encarik. Bkn bdk2 tadika, anak aku nok dh 8 thn pun slalu hilang colour, ney ke tahan meli ajak2. Colour pensel tok bkn apa juak, nok murah mmg sik terang colour biasanya, yalah tpaksa meli nok mahal sikit. Mun nok to, terang, ndang encarik ku kelak 😊😊
ReplyDeleteTengok warna pensel ni, teringat pula zaman kecil dulu2 suka sangat mewarna , terbawa bawa sampai sekarang ni, dah besar pun Ekin suka mewarna.. Hihi
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.