Assalamualaikum, hai...
Fakta Menarik Dan Unik Mengenai Limau Jari Yang Ramai Orang Tidak Tahu | Alhamdulillah, Ahad seperti kebiasaan tak ke mana-mana. Lagi pulak cuaca sejuk kat luar... Lagilah mengundang rasa malas yang amat. Update blog pun tidak.
Rasa sejuk hingga ke tulang pastinya membuatkan nafsu makan semakin meningkat. Mulalah Semua menu terbayang di otak. Pergh! Mee goreng basah letak limau kasturi... Memang sedap. Bercakap pasal limau... Ingatkan sejenis limau berbentuk bulat je yang wujud. Rupanya terdapat jugak limau jenis memanjang yang dikenali sebagai limau jari. First time dengar dan tahu ok. Tu pun selepas membaca majalah Infiniti edisi 112 semalam.
Korang pernah tengok atau tahu tak mengenai limau jari?
FAKTA MENARIK TENTANG LIMAU JARI
First things first... Limau jari atau dalam bahasa saintifiknya Microcitrus australasica merupakan tumbuhan dari hutan hujan di Sempadan Queensland Tenggara dan bahagian utara New South Wales. Apa yang membezakan limau jari dengan jenis-jenis limau yang lain ialah pada bentuk, warna dan keadaan isi di dalamnya.
Menariknya... Ia memiliki bentuk panjang sehingga kelihatan seperti cili apabila dilihat dari arah jauh. Fizikalnya yang lonjong menyebabkan ia digelar sebagai limau jari atau orang puteh sebut lime finger. Keunikan limau tersebut jugak tidak hanya pada saiz dan bentuknya, tetapi jugak pada warna yang muncul di dalamnya.
Jika limau biasa memiliki warna jernih atau kuning cair, namun tidak bagi lime finger. Keadaan lokul atau pulpa di dalamnya mirip seperti telur ikan. That why, ia jugak dikenali sebagai limau kaviar. Limau jari juga mempunyai pelbagai warna seperti merah jambu, jingga, kuning dan hijau. Keunikan tersebutlah membuatkan ia sering mendapat perhatian daripada sesiapa yang pernah melihatnya secara lansung.
Selain itu, limau jari jugak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan mampu bertahan dua hingga tiga minggu. Ia jugak dikatakan mengambil masa yang lama kira-kira 15 tahun untuk mencapai tempoh matang jika ingin menanamnya sendiri. Lama bukan?
Tapi, untuk pengetahuan semua... Pokok limau jari boleh ditanam menggunakan biji benih, keratan atau cantuman. Namun, penggunaan biji benih segar amat dititikberatkan dalam proses penanamannya bagi menghasilkan buah limau jari yang berkualiti.
KHASIAT PADA LIMAU JARI
Kemudian, menurut seorang pakar herba di Amerika Syarikat, Dr Paul Haider, buah sitrus tersebut kaya dengan vitamin C, vitamin B dan mengandungi anti-oksidan yang sangat baik kepada manusia. No wonder, ia seringkali digunakan sebagai sajian dalam menu masyarakat di Los Angeles. Contohnya...
Cupcakes limau jari, sumber : google image |
Hiasan pada makanan laut agar memberi rasa masam dalam menu tersebut. Sumber : google image |
Nampak hidangan macam sedap je kan. Lebih² lagi bila ditaburkan dengan lokul limau jari yang bewarna warni bak mutiara... Fuh! Pastinya mengoda nafsu. Kan?
Tak sangka, ada jugak spesis limau yang lain selain daripada limau kasturi. First time tahu...
5 Comments
Tak pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteTq info
Kan. Fiza pun... Actually limau ni ada di luar negara pakcik. Ada ke tidak di pasaran Malaysia... Itu tak pastila kan... Setakat ni fiza tak pernah lagi jumpa 😊
DeleteKacak limoa tok, blm pernah nangga live gik, tah ada ke sik ctok 😊
ReplyDeleteKacak nak... Rasa dalam mulut jak nangga gambarnya. Haha... Rasa belum gik nemu di Sarawak tok.
Deletefirst time dengar limau jari. tq share ilmu ^^
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.