Assalamualaikum, hai... 
MegaDrama Terbaru, Kan Kukejar Cinta Kamu Di Astro Ria | Tadi masa blogwalking terbaca pasal post drama terbaru kan kukejar cinta kamu di laman myinfotaip... 

Untuk makluman, drama ni akan ditayangkan pada 17 Disember 2018 nanti dalam slot megadrama. Itu bermakna, drama ni adalah drama yang bakal menggantikan isteri untuk disewa... Sebab 5 November nanti, dah start dah drama isteri untuk disewa. 

Megadrama terbaru kan kukejar cinta kamu
Kredit : Myinfotaip

Based on sumber, megadrama adaptasi novel kan kukejar cinta kamu Fauziah Ashari ni bakal menggandingkan Amyra Rosli dan Fendy Bakri sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episod yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim ini jugak akan melibatkan beberapa orang pelakon lain seperti Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah dan Rosnah Johari.

Manakala untuk watak, berikut adalah antara sebahagian watak yang dipegang oleh beberapa pelakon, antaranya...  

Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail 
Elya Miera sebagai Dilaila

SINOPSIS DRAMA BERSIRI 28 EPISOD, KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Based on sumber... Megadrama ini nanti mengisahkan tentang Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. 

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Sumber : https://www.myinfotaip.com/2018/10/kan-kukejar-cinta-kamu.html?m=1

~~~~~~~~~~

Adakah Alma dan Raiyan akan kembali bersatu? Yang tu kenalah tengok sendiri ye... Kekadang apa yang terhidang dalam novel, tak semestinya sama dalam drama. 

So, untuk peminat Fendy Bakri... Save the date ok. Lagipun first time rasanya Fendy Bakri digandingkan dengan Amyra Rosli... Mesti best kan? Dua² hebat tu... Kan?