Assalamualaikum, hai...
Siput Sedut Masak Kicap | Alhamdulillah, rezeki jiran bagi... Harini my mom masak siput sedut masak kicap. Kat tempat Fiza ia dipanggil 'Koyong'.
Dalam family, Fiza salah seorang yang tak makan siput sedut. Tapi, nak jugak berkongsi resepinya di sini. Manalah tau, satu hari nanti Fiza reti nak makan. Kan?
CARA MASAK SIPUT SEDUT LETAK KICAP
Ok! Untuk resepi my mom ni, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :-
- Siput sedut
- Letak Halia banyak lagi sedap
- Cili
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kicap
- Ajinomoto
- Air dan
- Sedikit minyak untuk menumis
- Cuci bersih siput sedut.
- Hiriskan cili, halia, bawang merah dan bawang putih.
- Kemudian tumiskan dan masukkan siput sedut.
- Masukkan air.
- Letak kicap dan ajinomoto.
- Lebih kurang 15 minit, masaklah tu...
Mudahkan? Cuma buat masa ni... Fiza tak boleh nak telan. Seperti tak kena dengan anak tekak ni. Hurmmm... Nak buat macam manala kan, setiap orang pasti berbeza penerimaannya terhadap sesuatu makanan. Apa-apa pun, berselera sungguh mak dengan ayah makan tau. Rezeki orang bagi. Nikmat apalagi nak didustakan... Kan! Alhamdulillah...
Kalau korang... Korang makan tak siput sedut ni? Masak pulak, macam mana?
For those yang nak share resepi ni. Sila-sila kan lah ye. Hehe...
7 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYup! 😊
DeleteBila mak masak kicap siput tu, Fiza suka kuahnya je. Siputnya tak makan. Haha... Pelik kan?
FL kalau takmo makan, bagi je kat cheq. Cheq boleh tolong perabihkan sepinggan tu.. 😂
ReplyDeleteCheq belum pernah cuba masak sendiri lagi siput sedut ni. Biasa makan yang masak lemak cili padi, dan yang tumis bercili. Sedap.. 😋
Hehe... Lawak la Cik Sue.
DeleteTu la... Ramai yang kata sedap termasuklah encik suami. Pernah cuba nak makan, tapi tak boleh nak telan. Encik suami siap kata... Rugi tak makan. 😂
Adudududdduuu nyaman koyong tok sis
ReplyDeleteYah... Masin² orang ngata nyaman tok aihhh... Huhu.
DeleteAlahai sedapnya, lama dah teringin nak makan
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.