Assalamualaikum, hai...
Siput Sedut Masak Kicap | Alhamdulillah, rezeki jiran bagi... Harini my mom masak siput sedut masak kicap. Kat tempat Fiza ia dipanggil 'Koyong'.

Dalam family, Fiza salah seorang yang tak makan siput sedut. Tapi, nak jugak berkongsi resepinya di sini. Manalah tau, satu hari nanti Fiza reti nak makan. Kan?

Siput sedut masak kicap

CARA MASAK SIPUT SEDUT LETAK KICAP

Ok! Untuk resepi my mom ni, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :-
  1. Siput sedut
  2. Letak Halia banyak lagi sedap
  3. Cili
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Kicap
  7. Ajinomoto
  8. Air dan 
  9. Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya :-
  1. Cuci bersih siput sedut.
  2. Hiriskan cili, halia, bawang merah dan bawang putih.
  3. Kemudian tumiskan dan masukkan siput sedut.
  4. Masukkan air. 
  5. Letak kicap dan ajinomoto.
  6. Lebih kurang 15 minit, masaklah tu...
Mudahkan? Cuma buat masa ni... Fiza tak boleh nak telan. Seperti tak kena dengan anak tekak ni. Hurmmm... Nak buat macam manala kan, setiap orang pasti berbeza penerimaannya terhadap sesuatu makanan. Apa-apa pun, berselera sungguh mak dengan ayah makan tau. Rezeki orang bagi. Nikmat apalagi nak didustakan... Kan! Alhamdulillah...

Kalau korang... Korang makan tak siput sedut ni? Masak pulak, macam mana?

For those yang nak share resepi ni. Sila-sila kan lah ye. Hehe...