Assalamualaikum, hai... 
Ayam Pabrik Untuk Bento Encik Suami Dan Anak | Alhamdulillah, seawal jam 4 pagi Fiza bangun untuk masak ayam pabrik... Sebagai menu utama bekalan encik suami dan kak Alia ke sekolah. Harini kak Alia ada KAFA. That why, bekalan pun kena banyak. Selain ayam pabrik, sedikit kacang conflake jugak buat mereka... 

Semalam, before tidur... Sempat jugak google resepi. Terjumpa resepi ayam pabrik cikgu Ani. Nampak ramai yang komen mengatakan sedap. Apalagi... Tanpa fikir panjang, Fiza pun copy paste resepi dan hasilnya memang tidak mengecewakan. 

Cumanya, Fiza sedikit derhaka terhadap resepinya. Fiza kurangkan rasa pedas dan tidak memasukkan helaian daun limau purut. Al-maklumlah, plan tengah malam... Mana nak dapat bahan yang lengkap right. 

Ayam pabrik mudah dan dijamin sedap

RESEPI AYAM PABRIK PASTI SEDAP

Tapi, di sini Fiza nak share resepi originalnya dari cikgu Ani. Nanti, ada masa... Bahan dah lengkap. Kita buat full version pulak. 

Sumber : Blog Cikgu Ani
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  4. Masukkan air. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air). Tutup api dan hidangkan.
Syukur alhamdulillah, harini Fiza berjaya bangun seawal jam 4 pagi lagi untuk sediakan bento buat encik suami dan kak Alia. Terima kasih buat cikgu Ani kerana sudi berkongsi resepinya. 

Sepanjang tahun ni... Rasanya dua atau tiga kali je Fiza terlewat bangun jam 5 lebih pagi... Bila dah lewat, Solusinya... Masak bihun goreng jelah untuk bekalan. 

Semoga Fiza terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menyediakan keperluan keluarga setiap hari. Aamiin... 

#Bento
#Ayampabrik