Assalamualaikum, hai...
Boleh ke makan telur semasa dalam pantang? | Semasa scroll timeline di fb, terjumpa satu soalan di status seorang wanita yang baru pertama kali bersalin. Pertanyaan dia berkaitan dengan telur. Boleh ke tidak dimakan ketika dalam pantang?

Berdasarkan pengalaman sendiri... Semasa dalam berpantang 2 kali bersalin dan sekali keguguran, so far Fiza takde masalah pun untuk makan telur dalam diet berpantang. Start makan telur pun sehari lepas bersalin atau keguguran, even ada yang mengatakan telur boleh menyebabkan bahagian jahitan gatal.

Bolehkah makan telur semasa dalam pantang?

Bukan nak riak, tapi berdasarkan pengalaman ye... Takde pulak menyebabkan kegatalan. Malah, jahitan sembuh dalam masa seminggu. Nurse pun puji jahitan sembuh dengan cantik.

Part jahitan cepat sembuh tu, cara Fiza... Kerap cuci, pastikan sentiasa kering, masa kencing... jirus dengan air garam, then cuci lagi dengan air paip... Kemudian, barulah cuci dengan ubat yang dibekalkan oleh hospital. That it's...


Tapi, kena ingat. Kekadang pada kita... Takde masalah ambik telur, pada orang lain mungkin menyebabkan kegatalan. Pendek kata... Setiap orang, pastinya punyai pengalaman yang berbeza. Kemudian, boleh ke tidak makan tu... Semuanya bergantung kepada penerimaan badan kita sendiri... Sebab ada jugak yang alergik telur sejak dari kecik. Kan! 

Kalau macam Fiza... Fiza cuba dulu, kalau takde mendatangkan sebarang masalah... Fiza teruskan je. Tapi ambik pun dalam kuantiti yang sederhana. 

Mengukuhkan lagi pendapat Fiza yang mengatakan telur boleh di makan semasa pantang adalah pendapat dari mereka yang pakar. 

Ada orang yang takut makan telor , kononnya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen  dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas  wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%. Sumber dari Facebook Dr. Hamid Arshat

Apa-apa pun, secara kesimpulannya, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri kerana setiap orang pasti kesannya berbeza right.