Assalamualaikum, hai...
Cara Atasi Tercekik Tulang Ikan | Alhamdulillah, di atas ruang dan peluang yang ada... Untuk Fiza menulis dan terus menulis. Entri kali ni, Fiza nak share satu petua bagaimana cara nak mengatasi tercekik tulang.
Caranya amat mudah. Kepalkan nasi, then terus telan. In shaa Allah, dengan izin Allah... Tulang akan hilang. Actually, petua ni... Petua orang dulu-dulu. Tapi, sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada saiz tulang yang melekat di kerongkong dan jugak cara kita menelannya.
Dulu, masa sekolah menengah... Fiza pernah jugak tercekik tulang. Arwah atuk guna kaedah kepal nasi dan baca selawat... Alhamdulillah, tulang pun hilang.
Tapi, ada satu kes sedara belah mak... Guna cara ni, tapi tak menjadi. Kemudian, dia minum terlalu banyak air kononnya nak bagi tulang yang melekat tu turun. Tanpa di duga, paru-paru dia pulak masuk air. Sudahnya, dia terpaksa jugak di bawa ke hospital.
Kesimpulannya, petua ni sekadar sandaran dan cubaan. Tapi, tak salah kita mencuba. Namun, seandainya ia tidak berkesan... Better bawak jumpa doktor. Kan?
4 Comments
Betul dlu kalau tercekik tulang kepal nasi telan. Risiko jugak tu bila kaedah tu tak ok
ReplyDeletekan... Tapi atuk dulu selalu kepal nasi kecik-kecik je... So, senang nak telan. Tapi, kalau rasa was-was better bawak klinik lagi bagus.
DeleteAda satu lagi cara, makan pisang. Telan isi pisang yang tak begitu dikunyah betul2 tu dengan harapan tulang yang tersangkut di kerongkong tu boleh terlekat pada isi pisang dan terus ikut pisang tu masuk ke perut. Kalau tak jalan juga, ke klinik la kita jawabnya.. 😅
ReplyDeleteO... Fiza baru tahu. Thanks sue kerana berkongsi petua pisang pulak untuk hilangkan tulang. Hehe...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.