Assalamualaikum, hai...
Cara Menukar Size Font Pada Total Pageviews Dan Centerkan | Alhamdulillah, sekali lagi Fiza hadir di alam maya dengan entri kedua untuk harini. Kekadang, bila dah tukar template... Kita tidak selalunya dapat widget apa yang kita nak. Contohnya, kalau korang perasan... Sebelum ni content widget Total Pageviews di blog Fiza nampak kecik je kan saiz tulisannya. Contohnya seperti di bawah.

Tutorial
Sebelum Diubah Saiz Font untuk Content Widget Total Pageviews

Setelah bermain coding, akhirnya Fiza berjaya untuk mengubah saiz font bagi statistik blog Fiza dengan saiz yang lebih besar. Alhamdulillah, siap boleh letakkan total pageviews tersebut kat tengah-tengah lagi.

Tutorial
Selepas Diubah Saiz Font Jumlah Pageviews

BAGAIMANA NAK UBAH SAIZ FONT DAN CENTER KAN TOTAL PAGEVIEWS?


Memandangkan Fiza tak jumpa lagi tutorial mengenainya... Ke mungkin keywords yang Fiza guna untuk mencarinya di enjin carian tak sesuai... Sampai tak jumpa. Bila dah dapat buat sendiri... Kenalah share di sini. Manalah tau, satu hari nanti nak tukar template lagi... Boleh rujuk di sini je. Kan?

So, nak dijadikan cerita... Cara untuk tukar saiz font pada content widget total pageviews adalah seperti berikut :-
  1. Pergi ke dashboard blog, kemudian klik pada theme
  2. Jump to widget Stat1
  3. Then, Cari html code seperti yang Fiza gariskan di dalam gambarajah. carik style='display: none;
  4. Tukarkan kepada style='font-size:20px;

Blog

Kemudian, untuk meletakkan content bagi widget total pageviews di tengah-tengah... Caranya, hanya tambahkan <center> pada <div class'widget=content'> dan </center> pada penghujung code html untuk widget total pageviews tersebut seperti di dalam gambarajah di bawah.

Tutorial

Mudah kan? Selamat mencuba...

#tutorialblog