Assalamualaikum, hai...
Cara Paling Mudah Dan Berkesan Halau Kutu Beras Dengan 3 Bahan | Kutu beras atau dikenali sebagai bubuk dalam kalangan masyarakat memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung. Kebiasaannya, ia menyerang beras atau tepung yang sudah lama tersimpan. Namun, tak mustahil jugak ia akan menyerang beras yang baharu dibukak bungkusannya. Betul tak?
Jika dibiarkan, ia boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti pada beras. So, bagaimana nak halau kutu beras tersebut daripada bersarang di dalam beras?
Baru-baru ni, Fiza terbaca daripada timeline fb yang rakan kongsikan cara macam mana nak halau kutu beras dalam sejam dua. Tertarik pulak Fiza dengan caranya. Malah, ada yang komen pernah mencubanya dan bersetuju bahawa cara tersebut memang berkesan.
Apalagi, Fiza pun save la petua tersebut. Manalah tahu kan... Satu hari nanti Fiza menghadapi masalah beras berkutu... Bolehla try. Ye tak?
CARA HALAU KUTU BERAS DENGAN BAWANG PUTIH, CILI KERING DAN KAYU MANIS
Caranya hanyalah dengan meletakkan 3 bahan seperti bawang putih, cili kering dan kayu manis ke dalam beras. Biarkan...
Menurut Nurainaa Tajudin, dalam sejam dua... Kesannya akan nampak. Sangat mudah. Apa-apa pun terima kasih buat mereka yang telah berkongsi maklumat.
Menurut Nurainaa Tajudin, dalam sejam dua... Kesannya akan nampak. Sangat mudah. Apa-apa pun terima kasih buat mereka yang telah berkongsi maklumat.
Selamat mencuba!
1 Comments
bok tauk. hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.