Assalamualaikum, hai...
Kisah Di Sebalik Telefilem Syirik Astro Ria | Semalam, berkesempatan jugak layan Syirik. Actually, Kisahnya bermula apabila Syafiq (Syafiq Kyle) dipukul teruk oleh kumpulan samseng yang diketuai oleh Lan Singa (Zain Saidin). Dia terlantar di hospital dan tersedar selepas 44 hari dari koma. Akhirnya dia dibenarkan keluar dari hospital dan dia jugak turut dijemput oleh isterinya Mariam (Nad Zainal).
Kredit : info bergetar |
Di rumah Mariam melayan Syafiq seperti kebiasaan suami isteri, makan pakai dijaga dengan penuh kasih sayang. Syafiq juga mula bekerja sebagai penjaga kedai dan turut teserempak dengan dua sahabat baiknya.
Tidak lama kemudian, Lan singa dapat tahu bahawa Shafiq masih hidup dan kembali menganggu kehidupan Shafiq kerana mahukan wangnya kembali. Namun, Shafiq tetap menyatakan bahawa dia tidak mengambil duit Lan Singa. Sampai satu tahap mereka ke rumah Syafiq dan sekali lagi mereka memukul Shafiq sehingga cedera. Mariam sangat marah sehingga bertukar menjadi hantu dan telah membunuh dua orang samseng Lan Singa. Dek kerana takut mereka keluar dari rumah.
Dalam masa yang sama, dua rakan lama Shafiq lalu di kawasan tempat tinggal Shafiq, mereka berdua merasakan ada sesuatu yang berlaku, lalu bergegas ke rumah Syafiq dan mereka terlihat Shafiq cedera. Dalam masa yang sama salah seorang rakan Shafiq perasaan yang Mariam tiada bayang. Dia mengesyaki Mariam adalah hantu dan terus balik. Dalam perjalanan balik tetiba Mariam muncul di hadapan dorang dan menasihati mereka berdua supaya jangan masuk campur urusan dia dan Syafiq. Kawan Shafiq terus balik dalam keadaan takut dan berasa pelik.
Lan Singa masih berdendam dengan Shafiq dan mengarahkan dua lagi orang suruhannya untuk mencari bomoh terkenal bagi menumpaskan Mariam. Lan Singa menjemput Shafiq ke tempatnya untuk majlis makan-makan sebagai tanda maaf dia terhadap Shafiq. Dia tak nak bermusuh dengan Shafiq. Tapi, dengan satu syarat, dia mesti bawa isterinya sekali baru dia memaafkan Shafiq.
Kredit : Myinfotaip |
Kerana tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun, akhirnya mereka ke tempat Lan Singa. Sekali lagi mereka terserempak dengan dua rakan lamanya. Sampai di tempat Lan Singa, rupanya tiada majlis makan-makan, Tapi mereka telah ditipu. Mereka cuba untuk memaksa Mariam bertukar menjadi hantu. Apabila melihatkan Syafiq suaminya diacukan pisau, Mariam telah bertukar menjadi hantu dan telah membunuh semua orang termasuklah bomoh upahan mereka.
Tetiba, datanglah seorang ustaz dan dua rakan lamanya. Lalu ustaz tersebut membaca ayat dan akhirnya Mariam jatuh dalam pelukan Syafiq. Syafiq menangis seperti tidak mahu kehilangan Mariam.
Tetiba, Syafiq throwback kisah apa sebenarnya yang dah berlaku sampai kan isterinya menjadi hantu. Dia MEMANG tahu isterinya hantu. Rupa-rupanya beberapa bulan sebelumnya, Syafiq menjadi penjual dadah kepada Lan Singa. Suatu hari, Shafiq telah menjadi kambing hitam orang bawahan Lan Singa. Sebenarnya bukan Shafiq yang mencuri duit Lan Singa, tapi orang suruhan Lan sendiri.
Kerana percayakan orang suruhannya, Lan telah membunuh isterinya Mariam dan mencederakan Maksunya (Sharifah Shahora). Semasa Shafiq balik, dia melihatkan keadaan Mariam sudah tidak bernyawa dan maksunya masih lagi bernyawa. Lalu dia meminta maksunya menghidupkan Mariam balik dengan ilmu hitam. Sebelum meninggal, Maksunya sempat menghidupkan Mariam dan bagitau, Mariam akan sedar selepas 44 hari atas permintaan Shafiq. Masa tula Syafiq menyerang tempat Lan Singa sehingga menyebabkan dia koma.
Tetiba, Mariam memeluk Shafiq dan meminta membiarkan dia pergi dengan aman. Walaupun Shafiq berat untuk melepaskannya, namun Syafiq terpaksa akur dengan permintaan isterinya. Kisahnya berakhir di situ.
PANDANGAN PERIBADI TERHADAP TELEFILEM SYIRIK ASTRO CITRA 27 OKTOBER 2018
Pada Fiza, telefilem ni so far so good walaupun ada part yang agak mendatar. Sound effectnya yang seram, tapi ada part menyebabkan suara watak tenggelam... Kurang jelas. Good Job pada pengarahnya. Percubaan yang baik.
Pendapat Ikhlas dari Fiza.
Sebagai pengajaran, jauhilah dadah. Bila kita memilih untuk dadah, akibatnya pasti buruk.
1 Comments
Wah, teringin nak tengok
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.