Assalamualaikum, hai...
Mengungkit Kisah Silam Orang | Kekadang, dek kerana mahu mencari silap orang... Kita suka mengungkit kisah silamnya. Padahal, dia sudah pun lama berubah. 

Kekadang, kita jadikan kisah silam seseorang itu sebagai batu pengukur kehidupannya masa kini. 

Kena ingat! 

Kredit : Pinterest
Jangan pernah menghina kisah silam orang lain, kerana air hujan yang jernih itu berasal dari awan yang hitam. 

Dalam Islam, kisah lama atau kisah lampau tidak di ambil kira tetapi yang di ambil kira ialah amalan saat-saat akhirnya. 

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6607)

Sebab itu, kita di galakkan sentiasa berkelakuan baik dan sentiasa bertaubat kerana kita tidak tahu bila dan masa ajal kita. 

Mengapa perlu di ungkit kisah lama seseorang jika seseorang itu telah berubah, mungkin dia berubah menjadi lebih baik dari kita. Maka janganlah kita memandai-mandai menjadi "pandai" membaca hati orang. Cukuplah mencari aib orang kerana jika Allah buka aib kita, sudah pasti kita tidak berupaya keluar rumah kerana malu.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

Jangan kerana kita, orang yang telah berubah kembali menjadi dia sebelum ini malah lebih teruk kerana kita, mereka terus memusuhi Islam. Sedangkan Islam begitu menjaga hak seseorang dalam persaudaraan.

Oleh yang demikian, bersama-samalah kita menjaga persaudaraan itu dengan sebaik-baiknya.  

Sumber : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Semoga, kita tidak tergolong dalam mereka yang suka mengungkit kisah silam orang lain... Kerana kita tidak tahu perjalanan kisah hidup kita yang telah Allah tuliskan. Bila Allah berkehendak... Tiada siapa boleh menyekat. 

Jangan selalu berlagak kita adalah yang terbaik. Padahal kita cuma manusia biasa yang mudah digoda dan tergoda. Harini kita baik, mungkin esok lusa jugak kita diuji olehNYA. 

Wallahu'alam... 

Catatan sekadar untuk mengingati diri dan rakan-rakan. Moga-moga kita dijauhkan sikap suka menghakimi orang lain. Mudah-mudahan hendaknya. 

Selamat pagi you all. Weekend korang buat apa?. Dua hari tak update blog, terasa rindu pulak nak blogwalking. Hehe...