Assalamualaikum, hai...
Pencicah Ikan Yang Sedap, Air Tangan Suami | Alhamdulillah, semoga urusan kita hari ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 

Pencicah ikan!
Tajuk entri pertama Fiza untuk minggu ni. Alhamdulillah, semalam... Encik suami ringan tulang nak bantu Fiza di dapur. Fiza gorengkan ikan kembung, dia pulak sediakan pencicah ikan.

Ikan kembung goreng

Fiza sangat sukakan pencicah ikan yang dia buat. Cukup rasa dan pendek kata, memang sedap. 😅😆😜😋... Kalau tak isteri, siapa lagi nak puji suami. Kan?

As a blogger, kenalah update resepi pencicahnya di sini. Nanti, lupa bolehla rujuk balik. Al-maklumlah, kekadang... Benda simple pun, kita boleh lupa. Betul tak?

Resepi pencicah ikan sedap dan terbaik

Bagaimana cara nak buat pencicah ikan pekat dan sedap?

Nak buat pencicah ikan ala encik suami punya, bahan yang kena ada adalah seperti berikut :-
  1. 2 ulas bawang putih
  2. 2 biji cili padi
  3. 2 biji limau kasturi
  4. 3cm halia
  5. Kicap dan
  6. Sos
Cara membuatnya pulak... Pertama sekali, tumbukkan bahan-bahan seperti cili, bawang putih dan halia. Kemudian... Masukkan sos, kicap dan perahan air limau kasturi. Gaulkan sehingga sebati. Siap!

Seandainya rasa kurang pedas, tambahkan cili mengikut selera masing-masing ok. Kemudian, untuk sos tu... Sebenarnya, untuk memekatkan pencicah, selain daripada memberi rasa. Nak letak pun boleh, tak nak letak pun takpe...Tapi, Fiza lebih suka letak... Sebab lagi sedap rasanya.

Seriously, memang sedap dan terbaik. Alhamdulillah, setakat ni Fiza sukakan pencicah yang encik suami buat. Menepati selera anak tekak dan rasanya pun sangat sesuai untuk ikan kembung goreng.

Alhamdulillah, rezeki makan malam kami yang cukup mengenyangkan... Walaupun menunya, hanyalah sekadar ikan kembung goreng dan buah labu rebus je.

#resepi
#pencicahikan