Assalamualaikum, hai... 
Resepi Telur Dadar Bersayur | Harini, kampung Fiza blackout dari jam 9 pagi sampaila 5 petang. Bertabahlah hendaknya. Walaupun elektrik takde, aktiviti memasak tetap jugak berjalan. Selain kacang panjang tumis dan ayam goreng bertepung, Fiza jugak masak telur dadar bersayur untuk anak-anak. Cumanya, kak Alia je alergik telur. Tapi, ada ayam goreng untuk dia. 😋😍😌

Resepi sayur kacang tumis

Resepi ayam goreng bertepung

CARA MEMBUAT TELUR DADAR BERSAYUR

seperti kebiasaan, walaupun resepinya mudah ataupun simple... As a blogger, mana mungkin lepaskan peluang yang ada untuk berkongsi resepi masakan. For me, telur adalah menu paling rakyat Malaysia suka... Lebih-lebih lagi bila hujung bulan. Betul tak? Hehe... 

Tapi, masa bergelar anak dara dulu pun... Masa di U, makan telur adalah dambaan selalu... Lebih-lebih lagi bila asignment melambak. Telur pun jadilah... Pendek kata, telur adalah menu paling orang bujang suka. Kan! 

Telur dadar bersayur

Jadi, kali ni... Fiza nak share cara mudah bagaimana nak buat telur dadar bersayur dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya adalah seperti berikut :-

Bahan telur dadar bersayur
5 biji telur ayam bersaiz besar
2 labu bawang besar
½ biji lobak merah } Saiz besar
10cm batang saderi
20gram daun bawang
2 biji cili merah
Perencah secukup rasa meggie/sedikit garam dan
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :-
  1. Parut lobak merah dan hiris halus bawang besar, cili, daun bawang dan saderi. 
  2. Campurkan semua bahan-bahan dengan telur. 
  3. Kacau sehingga sebati dan masukkan perencah secukup rasa maggie. Kalau takde, boleh je letak garam mengikut citarasa. 
  4. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tuangkan adunan telur dan goreng sehingga masak. Siap untuk dihidangkan. 
Mudah kan? 

Alhamdulillah, rezeki lunch hour yang cukup mengenyangkan.

Selamat mencuba!

#resepimudah
#telurdadarbersayur