Assalamualaikum, hai... 
Review Telefilem Korban Penunggu Hospital | So far, semalam sempat jugak layan telefilem korban penunggu hospital. Pada Fiza, agak seram jugaklah jalan ceritanya. Kalau jenis penakut, better jangan tengok sorang-sorang. 😱😣 

Paling Fiza tak sanggup tengok... Part Dewi Kesuma cabut gigi sendiri, potong telinga sendiri, potong jari kelingking sendiri... Dan jugak cungkil mata sendiri. Phewww!!! Terasa seram sejuk oiii. Serius... Memula, anak-anak Fiza pun join sekaki tengok. Tapi, bila part Dewi Kesuma tu muncul. Allahu Akhbar,  terus dorang nak tidur. Nasib baik dorang spotting... Sementara Fiza menonton dengan adik, dorang tidur depan tv dulu. Lepas movie tamat baru kejutkan dorang. 

Telefilem korban penunggu hospital di astro citra
Kredit : deskgram

Untuk makluman korang... Telefilem ini dibintangi oleh beberapa watak utama dan mereka terdiri daripada Fauziah Latiff sebagai Dewi Kasuma, Aprena Manrose sebagai Mia, Kodi Rasheed sebagai Kodi, Fatin Afeefa sebagai Zira dan Jaasuzuran sebagai Syakir. 

Apakah kisah disebalik telefilem korban penunggu hospital?

Kisah korban penunggu hospital bermula dengan 5 orang sahabat. Dalam 5 sahabat tersebut, Mia merupakan seorang gadis yang punyai masalah di mana adiknya menghidap kanser dan terlantar di hospital. Manakala 4 rakannya yang lain sanggup nak membantu, tapi Syakir memberi syarat untuk bermain satu permainan di sebuah hospital lama terlebih dahulu. Permainan tersebut diberi nama Turut Perintah Bakawali. 

Sebelum mereka memulakan permainan tersebut, Syakir telah menerangkan kepada dorang tentang satu kisah di tempat mereka bakal bermain... Di mana suatu ketika dahulu terdapat seorang jururawat terkenal dengan ilmu hitamnya bernama Dewi Kesuma bekerja di hospital tersebut. Dia boleh menyembuhkan orang yang sakit, tapi dengan syarat mesti ada yang menjadi korban darah untuk dia. Ramai yang termakan akan janjinya yang akhirnya membawa padah. Suatu hari, muncul seorang inspektor polis meragui akan Dewi Kasuma lalu membuat siasatan. Siasatan tersebut telah menyebabkan hospital tersebut terbakar dan akhirnya tinggal terbiar begitu sahaja. Berpenunggu!!! 

Pada mulanya, Mia tak bersetuju... Namun, rakan yang lain tetap memaksa. Selepas menziarahi adiknya di hospital, Mia balik dan matanya tertera pada sebuah kotak... Di dalamnya terdapat satu nametag DEWI KESUMA. Tetiba Mia teringat suatu masa dahulu yang menyebabkan nametage Dewi Kesuma ada padanya... 

Rupa-rupanya, ketika kejadian hospital terbakar yang diceritakan oleh Syakir... Mia jugak ada pada masa kejadian tu... Dia masa tu masih kecik dan datang untuk menziarahi ayahnya sakit di hospital. Semasa menunggu penjaganya masuk toilet, Mia ternampak Dewi Kesuma berlumuran darah dan dalam masa yang sama... Dewi terserempak dengan polis yang sedang mencari Dewi Kesuma. Mereka turut bertanya kepada Mia... Tapi Mia menipu, lalu mengekori Dewi Kesuma... Disebabkan Mia tak bagitau polis yang dia ternampak Dewi Kesuma... Dewi Kesuma menghadiahkan Mia nametag dan sekiranya Mia perlukan pertolongan dia... Seru namanya sebanyak 3 kali... 

Mia terus berbaring atas katil setelah tersedar dari ingatan tersebut. Then, tetiba Mia terasa seram sejuk. 

Malam keesokannya, dorang memulakan Misi permainan Turut Perintah Bakawali di hospital lama tersebut. Pemujaan di mulakan... Tapi,  Kodi dan Zira seperti memperolokkan permainan tersebut... Siap kata Syakir saje upah orang jatuhkan dinding... Dalam masa yang sama... Zira nampak Dewi Kasuma di bahagian atas bangunan usang tersebut... Bermulalah permainan dorang... Orang pertama mati dalam telefilem tersebut adalah Zira... Sebaik sahaja meminum minuman yang kononnya disediakan oleh penunggu tersebut... Mereka semakin takut... Sorang demi sorang meninggal... Sehinggalah Kodi dan Mia hampir berjaya menemui jalan keluar. Namun, di dinding tertulis... Salah seorang mesti mati dengan menembak diri sendiri... Dek kerana mencintai Mia, Kodi sanggup gadaikan nyawanya. 

Di saat Kodi mati, tiba-tiba Dewi Kesuma muncul dan menuntut janjinya... 

Rupa-rupanya, Mia tanpa sengaja pernah menyebut nama Dewi Kesuma sebanyak 3 kali malam sebelum kejadian tersebut. Kerana mahu selamatkan adiknya... Dia telah berjanji dengan Dewi Kesuma dan berpura-pura dihadapan rakan-rakannya. Semua yang berlaku adalah atas perintah Dewi Kesuma... Semua minuman dan ayat yang tertulis di dinding... Mia yang buatkan. 

Adik Mia sihat, Namun meninggal jugak akhirnya apabila dilanggar kereta... Dek kerana sedih atas kematian adiknya, sekali lagi Mia pergi berjumpa Dewi Kesuma supaya menghidupkan adiknya... Tapi sayang, kuasa Allah tiada siapa yang dapat tandingi... Sebaliknya Dewi Kesuma menuntut janji untuk hidup di dalam badan Mia. Tanpa kemahuan Mia... Dewi Kesuma berjaya menguasainya... Kisahnya tamat apabila Dewi Kesuma muncul di sebuah hospital tapi menjelma dalam rupa Mia.... Habis gitu je kisahnya. 

Pandangan peribadi terhadap telefilem korban penunggu hospital

Pada Fiza, agak seram tapi adegannya tak suspen sangat... Mendatar jugaklah jalan ceritanya. Not bad... Satu percubaan yang baik jugaklah... 

Pengajaran daripada telefilem ni... Jangan sesekali mempercayai ilmu hitam. Bila dah terjebak dan mempercayainya 100%, buruk padahnya. 

#telefilemterbaru
#astrocitra