Assalamu'alaikum...
Burger Telur RM1.80 Je! | Itulah harga burger telur di kampung Fiza. Murah ke Mahal? Mahal ke murah... Malam ni, semua pakat tak nak makan nasi. Semua nak makan burger yang jiran depan rumah jual.
Tapi, untuk Alia, Ain dan makayah... Fiza masak jugak malam ni. Masak simple je pun. Ulam kacang bendi, ikan goreng dan pucuk ubi tumis je. Adik, Fiza dan encik suami pulak layan burger telur je untuk dinner malam ni.
Ada duatiga orang jugak yang jual burger di kampung Fiza... Tapi, Fiza suka beli burger jiran depan rumah kami. Satu benjo, RM1.80 je. Makan panas² di kala cuaca sejuk ni... Minum pulak air kopi kosong panas². Ya! Allah... Nikmat makan apa lagi nak didustakan... Kan!
Alhamdulillah... Sesekali layan burger, pastinya excited semacam je nak bercerita... Kan? So far, Walaupun burgernya nampak biasa je... Tapi, rasanya memang luar biasa. Sangat berbaloi untuk dibeli. Hehe...
Kalau tak sedap, masakan hari² orang berebut nak membeli. Semoga rezeki jiran kami terus bertambah hendaknya. Aamiin...
5 Comments
Murahnyaaa RM1.80 burgernya kak Fiza. Best tu. Minum dengan air kopi lagilah. Hehe
ReplyDeleteMurahkan... Adik² asyik repeat beli je 😂
DeleteMurah sangat dah tu FL, bestnya.....huhu lama dah rasanya cheq tak jumpa burger atau benjo dengan harga semurah itu, nostalgia sungguh 😂
ReplyDeleteYup! Sangat murah. Cousin Fiza dari Miri pun kata murah. Huhu...
DeleteBetul-betul punya murah tu
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.