Assalamu'alaikum, hai...
Cuti Sekolah Hujung Tahun 2018 Bermula | Alhamdulillah, semalam merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2018. In Shaa Allah, next year kak Alia darjah satu. Ain pulak akan memulakan dunia persekolahannya di prasekolah.
Untuk cuti tahun ni, In Shaa Allah... 20 Disember 2018, kami akan ke Kuching untuk menghabiskan cuti di sana. Nanti, sampai sana... Barulah rancang nak bawak anak-anak ke mana. Walaupun cuti panjang, worksheet anak-anak akan dibuat seperti biasa setiap hari. Cuma encik suami jela akan sibuk dengan membeli bahan membuat rumah dan berbincang dengan kontraktor tentang apa yang patut. In Shaa Allah, jika tiada aral melintang... Next year bolehla duduk rumah sendiri. Aamiin...
Kemudian, sementara belum ke Kuching... Fiza akan buat persiapan barang-barang keperluan sekolah anak-anak. Alhamdulillah, setakat ni... Buku teks dan latihan kak Alia dah siap berbalut.
Selain itu, part melabel peralatan menulis... In Shaa Allah, masih dalam proses. Kali ni tak banyak peralatan menulis yang perlu dibeli. Semuanya guna yang lama plus hadiah Alia daripada APC. Hehe...
Dalam senarai, benda yang Fiza tak beli lagi adalah seperti tudung sekolah, stokin, kasut beg dan pakaian KAFA. In Shaa Allah, dalam masa terdekat ni... Buat online shopping di #Lazada atau #Shopee jelah kot. Cuma kasut je, maybe akan ke kedai untuk membeli.
Mungkin ada yang berfikir... Awalnya!!!
Pada Fiza tiada istilah awal. Fiza nak biar anak² nampak setiap perkara mesti dilakukan seawal yang mungkin. Kita ada pilihan. Pilihan Fiza nak sediakan seawal mungkin adalah disebabkan beberapa perkara.
Pertama, encik suami sorang je yang bekerja. So, kena fahamlah ekonomi bagaimana. Before bercuti, pada Fiza better siapkan dulu keperluan anak². So, takdelah nak berkira-kira berbelanja lepas tu.
Kemudian, kami nak habiskan cuti di rumah mertua. So, takdelah kelam-kabut. Then, jika ada yang terlupa beli... At least, takdelah serabut.
One more things, Fiza tak suka buat kerja last minute dan tak suka bersesak-sesak. That why la buat persediaan awal. Hehe. Lagi pun, bila dah siap awal... Boleh fokus buat aktiviti dengan anak-anak. In Shaa Allah...
Lain orang, lain pendapat right. Apa-apa pun semuanya terletak pada diri kita. Awal atau lewat... Semuanya diri kita yang pilih. No right, no wrong. Every single person punyai alasannya yang tersendiri. Kan!
Cuti ni, korang buat apa?
2 Comments
Alhamdulillah persiapan lebih awal lebih menyenangkan kita melakukan aktiviti lain dan tak terlupa...
ReplyDeleteBetul tu. Boleh fokus dengan benda lain. 😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.