Assalamu'alaikum,
Selamat Pagi.
Dua menu simple untuk dinner | Alhamdulillah, selepas waktu solat Magrib... Kami terus makan malam. Semalam punya menu... Sangat simple... banyak atau sedikit, apa yang penting...Ia rezeki yang cukup mengenyangkan. Alia dan Ain cukup suka makan sayur sawi putih dan ikan kembung goreng. Cuma tu la... Nak dapatkan ikan fresh amatlah payah.
KELEBIHAN SAYUR SAWI PUTIH YANG MUNGKIN KITA TIDAK KETAHUI
Bila dah update blog mengenai makanan, tak lengkap rasanya kalau tak berkongsi maklumat tentang kebaikan makanan yang diambil. Al-maklumlah, kekadang... Reti makan je, tapi tak tahu akan khasiat disebaliknya. Serius, bila ada blog... Ia membuatkan Fiza jadi suka mencari maklumat... Dulu... Jenis-jenis ikan pun Fiza tak kenal... Tak rajin nak mencari info. Haha...
Nak dijadikan cerita, Fiza nak share jugaklah kebaikan di sebalik sayur sawi putih... Di mana,
#1. Ia mengandungi vitamin yang cukup tinggi. Vitamin yang paling tinggi dalam sayur sawi putih ialah vitamin K, di mana vitamin ini sangat berguna untuk pembekuan darah sehingga luka akan cepat sembuh.
#2. Ia mengandungi kalsium yang tinggi. Kalsium yang tinggi amat bagus untuk penjagaan tulang dan dapat elakkan daripada osteoporosis.
#3. Ia mengandungi serat yang tinggi. Ini amat berguna untuk membantu proses pencernaan pada perut.
#4. Ia mengandungi zat besi yang tinggi, Sesuai kepada mereka yang menghidapi anemia.
KHASIAT PADA IKAN KEMBUNG
Tu antara 4 perkara atau kelebihan yang ada pada sayur sawi putih. Tempat Fiza, sayur sawi putih dijual dengan harga RM2 seikat... Manakala ikan kembung pulak RM12 sekilo. Bercakap pasal ikan kembung, Fiza jugak nak share tentang khasiat ikan kembung dalam diet harian. Antaranya ialah...
#1. Menurunkan kolestrol
Fakta telah menunjukkan bahawa kandungan omega 3 dalam ikan kembung dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dengan menjaga kolestrol diserap dalam usus.
#2. Mencegah penyakit jantung
Salah satu cara yang paling efektif untuk mencegah risiko penyakit jantung adalah dengan mengambil makanan yang banyak mengandungi omega 3. Ikan kembung dikatakan tidak hanya kaya dengan asam lemak dan polyunsaturated fatty acid, tetapi juga mempunyai kandungan yang rendah lemak tepu. Oleh itu, ia mampu menurunkan risiko komplikasi jantung seperti stroke, serangan jantung dan aritmia.
Alhamdulillah, banyak rupanya khasiat yang terdapat di dalam sayur sawi putih dan ikan kembung. Lepas ni, takde lagi dah tertanya-tanya akan kebaikannya. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.
Wassalam...
3 Comments
Nyaman! Mmg ssh mau dpt ikan fresh, semua dh brais
ReplyDeleteYalah... Nang susah nak dapat ikan fresh. Yang banyak... Ikan berais jak. Nak makan manok daging... Lejuk dah kata anak kmk. Haha...
DeleteFuh tetiba zumal rasa lapar
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.