Assalamu'alaikum, hai...
Hampir Seminggu Tak Update | Rindunya nak menulis, tapi apakan daya... Sibuk dengan hal anak-anak. Fiza tinggalkan dunia blog buat sementara. In Shaa Allah, mulai harini... Bolehla kembali aktif menulis.
Isnin, Fiza sibuk escot kak Alia untuk lawatan ke Balai Bomba Betong. First time ke Balai Bomba, pastinya membuatkan anak-anak teruja. Bukan anak-anak je... Fiza pun turut teruja. First time kan... Pastinya keterujaan itu susah untuk digambarkan. Alhamdulillah, banyak ilmu baharu yang diperolehi daripada lawatan tersebut. Settle lawatan ke Balai Bomba...
15hb, sibuk pulak dengan majlis sambutan harijadi anak-anak prasekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan... Termasuklah pertandingan pakaian tercantik anak-anak dan ibubapa. Alhamdulillah, kak Alia menang pakaian tercantik. Fiza dan encik suami pulak tak dapat. Hehe... Al-maklumlah, bab-bab melaram Fiza tak reti sangat. Tak kisahlah, janji anak-anak happy... Itu sudah cukup memadai... Dalam majlis tu jugak, Alia bawak goodies alatan menulis buat kawan²nya. Sehari sebelum majlis... Fiza, Alia dan Ain sibuk diy pembungkus goodies separuh hari. Haha...
Lupa! Pasal baju kak Alia, Fiza beli cheongsam di shopee. Disebabkan Ain ikut, Fiza beli dua. Jumaat beli, Isnin dah sampai. Cepat kan?... Apa tak nya.... Siap mesej seller lagii, kalau boleh pos ASAP.... Sah² la pantas. Terima kasih buat seller yang memahami. Service tip top. Baju sampai pun cantik bila digayakan dengan cheongsam. Hehe....
Sabtu kami ke Kuching menziarahi mertua Fiza sambil-sambil shopping pakaian sekolah anak-anak. Fiza sejenis yang tak suka beli last minute. Yup! Walaupun hakikatnya nanti ada mega sale kan... Tapi tak suka nak bersesak-sesak... That why shopping awal. Fiza beli di Survey, summer mall Kuching. Baju kain dijual asing-asing. Murah atau mahal. First time beli baju kurung sekolah anak... Sah²la beli je. Kan!
Kemudian, hari-hari seterusnya... Fiza sibuk melatih kak Alia berucap bersempena tamat sesi prasekolah. Alhamdulillah, tak sangka semalam tanpa rasa takut... Kak Alia berani berucap. Tahniah buat kak Alia dan jugak guru² dan pembantu prasekolah yang telah banyak mendidik kak Alia menjadi seorang yang berani. Mula² cuak jugak Fiza bila dia naik pentas. Apabila dah habis berucap... Terasa lega sangat². Alhamdulillah... Semoga kak Alia terus berjaya dunia akhirat dan menjadi anak solehah buat mak ayah.
Next year, Ain pulak masuk prasekolah. Mudah-mudahan dia mengikut jejak langkah kakaknya. Aamiin... Korang pulak, mesti sibuk dengan majlis APC anak² kan.
2 Comments
Ptt lah sminggu sikda updet, busy dgn aktiviti anak2. Tok lega dah stat cuti kan. Baju kurung yea, memang rega nya sis, kamek dolok lagi rasa pelik je, kena lah baju dan kain jual alik2, tpi mun di pakey mesti sepasang juak. Cara org bjual kenek tok kali 😊
ReplyDeleteWah, tahniah buat kak Alia
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.