Assalamualaikum, hai...
Sup Ketam Air Tangan Emak | Di tempat Fiza, harga sekilogram ketam segar dijual dengan harga RM25 ke 30. Tempat korang pulak bagaimana? Walaupun agak mahal, tapi dek kerana teringin... Pejam mata sebelah jela bayar untuk dua kilo ketam.
Kisah last week, baru harini nak update. Sabar jelah ye... Sesekali random picture dalam simpanan, apa salahnye kan. Begitulah minat seorang blogger. Apabila ketandusan idea untuk menulis... Mulalah mencari gambar untuk dijadikan bahan cerita.
Alkisahnya, balik dari pasar... Mak terus masakkan ketam. Ketam masak sup. Yummmy!!! Kesukaan Fiza dan anak-anak tu. Encik suami pulak tak minat sangat makan ketam. Katanya... Payah nak makan dan takde isi.
CARA MEMBUAT SUP KETAM SENDIRI DI RUMAH
Ok! Seperti biasa, resepi kena letak kat blog. Walaupun simple nak jugak share. Untuk bahan, berikut adalah senarai barang yang diperlukan...
- Ketam
- Halia
- Bawang merah
- Cili
- Daun saderi
- Bawang putih
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air
- Garam dan ajinomoto
Cara membuatnya :-
- First, siang ketam sebersih-bersihnya. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili dan halia.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
- Bila dah naik bau, masukkan ketam dan air.
- Bila ketam dah bertukar warna, masukkan daun saderi. Pekena garam dan ajinomoto. Siap.
Mudahkan?
Selamat mencuba!
9 Comments
waaaaa.... sedapppppp
ReplyDeleteAlhamdulillah 😋
DeleteKat ctok pun mahal ketam deng, biasa dari KK, dh jrg gilak mkn, lgpun agak ssh mau encarik
ReplyDeleteYalah... Tempat mekorg pun susah mok dapat. Bila dah nemu, ditambah lamak x makan. Mahal pun mahal, sanggup juak berbeli. Haha...
DeleteSedapnyaa! Huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah, boleh bertambah nasi dibuatnya.
DeleteCheq lebih suka ketam yang kulitnya tengah lembut tu, yang baru lepas bersalin kulit tu..senang nak makan, tak perlu susah2 dah nak ngap dia 😂
ReplyDeleteFiza ada gak dengar yang tu sedap. Tapi, tak pernah try lagi. Hehe
DeleteZumal ni tak pernah lagi makan sup ketam. Hehe...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.