Assalamualaikum, hai...
Sup Ketam Air Tangan Emak | Di tempat Fiza, harga sekilogram ketam segar dijual dengan harga RM25 ke 30. Tempat korang pulak bagaimana? Walaupun agak mahal, tapi dek kerana teringin... Pejam mata sebelah jela bayar untuk dua kilo ketam.

Kisah last week, baru harini nak update. Sabar jelah ye... Sesekali random picture dalam simpanan, apa salahnye kan. Begitulah minat seorang blogger. Apabila ketandusan idea untuk menulis... Mulalah mencari gambar untuk dijadikan bahan cerita.

Alkisahnya, balik dari pasar... Mak terus masakkan ketam. Ketam masak sup. Yummmy!!! Kesukaan Fiza dan anak-anak tu. Encik suami pulak tak minat sangat makan ketam. Katanya... Payah nak makan dan takde isi.

Ketam masak sup

CARA MEMBUAT SUP KETAM SENDIRI DI RUMAH
Ok! Seperti biasa, resepi kena letak kat blog. Walaupun simple nak jugak share. Untuk bahan, berikut adalah senarai barang yang diperlukan...
  1. Ketam
  2. Halia 
  3. Bawang merah
  4. Cili
  5. Daun saderi
  6. Bawang putih
  7. Minyak untuk menumis
  8. Sedikit air
  9. Garam dan ajinomoto
Cara membuatnya :-
  1. First, siang ketam sebersih-bersihnya. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar. 
  3. Bila dah naik bau, masukkan ketam dan air. 
  4. Bila ketam dah bertukar warna, masukkan daun saderi. Pekena garam dan ajinomoto. Siap.
Mudahkan?

Selamat mencuba!