Assalamualaikum, hai...
Ulam Pucuk Ubi Penaik Selera | Alhamdulillah, dah lepas waktu makan tengahari bolehlah cerita mengenai makanan. Kan? Hehe.
Tengahari korang makan apa? Kalau Fiza pulak, selain lauk pauk yang lain... Lauk yang paling win memikat selera kami laki bini adalah ulam pucuk ubi. Kat kampung, pucuk ubi tumbuh melata. Sini sana sinun, pasti ada pucuk ubi. That why, kekadang tak payah beli. Malah, ada jiran baik hati siap bersedekah lagi. Alhamdulillah... Rezeki orang nak bagi, pastinya diterima dengan suka hati. Kan!
So, malas nak pikir banyak... My mom pun cadangkan buat ulam je untuk makan tengahari kami.
Bagaimana Nak Rebus Pucuk Ubi Untuk Dijadikan Ulaman Yang Sedap
So... Petua my mom, untuk sedapkan ubi yang direbus. Letakkan sedikit minyak. Lebih kurang satu sudu kecil dalam air rebusan. Bila dah air menggeregak (***Betul ke ejaan ni?), baru masukkan ubi. Lebih kurang duatiga minit terus angkat. Tapi, Fiza lebih suka rebus lagi 5 minit nak makan. So, masih segar dan panas-panas cicah pulak dengan sambal bubuh belacan, limau, cili dan ikan bilis... Wowww... Sungguh memikat. Siapa yang on diet, confirm lari dari pendirian. Haha... Tengah menaip entry ni pun, Fiza still terliur tau.
Cara Buat Sambal Ulam Yang Kena Rasanya Dengan Pucuk Ubi Rebus
Kalau korang buat sambal ulam kan, semua sama je ke rasanya untuk semua jenis ulaman. Kalau Fiza, my mom ajar lain-lain. Ada jenis ulam letak limau kasturi. Ada jenis ulam, letak cuka. Untuk sambal pucuk ubi rebus, kami lebih suka tumbuk belacan letak ikan bilis, cili, air perahan air limau kasturi dan sedikit perasa ajinomoto. Rasanya... In Shaa Allah, pasti sesuai dan sedap.
Alhamdulillah, makan nasi dengan ulam pucuk ubi je pun boleh tambah dua pinggan nasi tau. Hanya penggemar ulam je akan merasai betapa bahayanya ulam pada diet harian. Bak kata encik suami... Rasa tak nak berenti makan weiiii... Hahaha.
Parah!!!
12 Comments
Dah lama tak pekena pucuk ubi ni,, sama lahh kita.. Kalau makan nasi berlauk pucuk ubi ni je pun dah sedap kan..
ReplyDeleteKan... Memang nikmat tak terkata bila dapat ulam kan.
Deletelama tak makan pucuk ubi. sejak kahwi dok bandar susah nak dapat. rindu kampung. nanti balik kampung nak makan la hihi.. memang sedap cicah sambal belacan pergh terangkat kak fizaaaa!!! :D
ReplyDeleteBetul tu... Di bandar kena carik dulu baru dapat kan.
DeletePucuk ubi cheery suka buat masak lemak..kalo buat Ulam kureng Sikit hehe
ReplyDeleteMasak lemak pun Fiza suka. Hehe...
DeleteFuh tetiba jadi lapar
ReplyDelete😂😂
DeleteSuka makan cicah sambal kacang
ReplyDeleteO... Tak pernah lagi cicah dengan sambal kacang. Menarik tu pakcik. Nanti boleh pakcik share sambal kacang tu di blog.
DeleteWah sedap tu ulam tradisional..
ReplyDeleteKan... Ulam² mesti sedap. Fiza suka. Tak sah kalau takde ulam...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.