Assalamualaikum, hai...
Hubungan selepas kawin | Menonton drama Akasia Seribu rindu, membuatkan Fiza sedikit emo... Walaupun pada hakikatnya, ia adalah sekadar #dramasangat.
Pada Fiza, bila dah bergelar suami atau isteri orang... Please! Janganlah berhubung balik dengan bekas kekasih ke, bekas tunang ke... Whatever. Lumrah manusia, siapa tak cemburu right bila dapat tahu pasangan masih berhubung dengan kekasih lama. Dah block number phone dahla kan. Ni tak, boleh pulak unblock balik. Siapa tak curiga right... Tak mustahil cinta boleh berputik balik. Haha... Emosi betul la hai... Dua tiga minggu ni tengok drama seribu rindu.
Tapi... Itulah hakikatnya, di alam nyata pun... Seharusnya bila dah bergelar isteri atau suami orang, kena tahu menjaga batas hubungan dengan orang sekeliling... Supaya hati pasangan sentiasa terjaga. Namun, bila pasangan dah berubah... Tak dapatla nak kata apa kan. Walaubagaimana pun, semuanya berkaitan tentang pilihan. Kita sendiri yang berhak mencorak rumahtangga kita. Kita sendiri yang mengatur ke mana arah tujuan rumahtangga kita. Jika masih beranggapan... Kawin seperti tukar baju, sorry to say... Itu maknanya, kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab.
Jika kita pilih untuk berlaku curang, kenalah hadap segala akibatnya. Jangan pulak, bila dah berlaku... Main tuduh menuduh pulak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Buruk padahnya. Kena fikir sehabis baik sebelum membuat keputusan... Sesungguhnya, perkara halal yang paling Allah murkai adalah penceraian. Wallahu'alam.
Tengok episod last week pun, Irfan hampir-hampir menceraikan Sarah. Nasib baik, tetiba ayah Maisarah muncul. Kalau tak... Terlafaslah cerai dek kerana marah yang amat. Pada Fiza, dua-dua bersalah dan masing-masing keras kepala. Sepatutnya, bila dah berumahtangga dan reunion pulak diadakan... Why not pergi je dengan pasangan. So takdelah adegan syak wasangka. Ahhhaaa... Ambik kau. Emosi betul la...
Tapi... Itulah hakikatnya bila sudah berumahtangga. Hubungan dengan orang lain kena ada batasnya.
Semoga hubungan kita dengan pasangan akan kekal hingga akhir hayat hendaknya. Jadikan sisi buruk drama tersebut sebagai pengajaran buat kita dan bukan ikutan selamanya. Mudah-mudahan kan. Aamiin...
Apa-apa pun thanks for those yang sudi baca entri emo Fiza layan drama seribu rindu malam ni. Hehe...
Korang layan tak drama tu?
2 Comments
Kadang2 drama tu mengingatkan kita jika buat begitu itulah kesannya.
ReplyDeletebena ya..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.