Assalamualaikum, hai...
Celoteh Pertama Bagi Tahun 2019 | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang Allah S.W.T berikan. Selamat tahun baru semua. Harini 7 haribulan, Isnin... First entri yang sempat Fiza coretkan.
Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan baik. Syukur, Allah telah permudahkan. Alia dan Ain dah start sekolah. In Shaa Allah, lain entri Fiza ceritakan kisah sekolah dorang ye.
Bila Ain dah start sekolah, Fiza berasa sedikit janggal. Untuk hilangkan kejanggalan... Fiza cuba sibukkan diri. Huhu... Itulah sindrom mak² yang tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak. Ye tak? Macam manalah nanti ye, bila dorang dah ada kehidupan sendiri... Mampukah aku berjauhan dengan dorang. Hurmmm... Tetiba terfikir pulak! Pasal tu. Phewwwww...
Walaubagaimana pun, hati kena sado demi masa depan anak-anak. Sampai bila lakan kita nak dorang duduk bawah ketiak kita. Betul tak?
Apa-apa pun, kena thinks positive... Tahun baru, kenalah ada azam baru right. Apa azam baru korang untuk tahun 2019?
Fiza? Kalau nak cerita satu persatu, rasanya tak larat nak menaip pepanjang... Tapi untuk blog, azam Fiza adalah untuk meningkatkan lagi banyak penulisan. Yelah! Last year... Banyak sangat 'ngular' menulis... Kekadang dalam seminggu lansung tak kemaskini. Cakap tak serupa bikin betul. Ye² je kata... Satu hari satu entri, sudahnya... Jangankan satu entri... Seminggu pun belum tentu ada satu entri. Hahaha...
Pepagi celoteh, mahunya rumah tak berkemas. Haha... Sebelum merepek panjang baik Fiza stop dulu. Entri warming up je kot.
Apa-apa pun, selamat tahun baru semua. Have a nice day.
Note : ngular bermaksud skip ataupun mengelak
2 Comments
selalu dirumah ada orang berborak, bila anak sudah bersekolah, sunyi sepi mak-mak. hehe
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2019 yer semoga tercapai azam tu...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.