Assalamualaikum, hai...
Bila Anak Mintak Sesuatu, Adakah Si Ayah Akan Tunaikan? | Satu persoalan yang pastinya rata-rata akan menyatakan bahawa setiap permintaan anak pasti si ayah tunaikan. Betul tak?. Cuma, yang membezakannya adalah cepat atau lambat. Kan?
Suami Fiza sejenis yang suka manjakan anak-anak. Cuma untuk dapatkan sesuatu daripada dia bukanlah semudah itu. Dia akan tunaikan, cumanya takdelah terus dapat on the spot bila anak mintak.
Contohnya, last month kak Alia teringin nak makan Pizza di Pizza Hut. Malangnya area Betong, mana nak dapat. So, encik suami berjanji. Cuti Chinese New Years, dia akan belikan. Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan... 4 hari lepas, encik suami belikan Pizza yang ada 8 slice. 8 slice/RM15... Sangat berbaloi dan serius memang sedap. Sedapnya bila makan panas-panas. Berbaloi-baloi teringinnya... Sampaikan 3 slice kak Alia habiskan. Kak Alia sejenis yang senang mengucapkan terima kasih. Sebaik je encik suami bagi pizza... Masa tu jugak dia bertepuk sambil say thank you pada ayahnya. See... Benda simple pun boleh buatkan anak-anak happy. Hehe... Tapi, ada tapinya... Setiap kehendak anak-anak perlu dinilai dahulu sebelum kita penuhi. Pada Fiza, anak-anak sangat bijak. Bila dah senang dapat apa yang dia mahu... Lebih-lebih lagi dengan cara mereka buat 'ragaman'... Tak mustahil tiap kali mintak, tiap kali tu jugak dia buat perangai. Lagi tinggi permainan psiko dorang. As a parents kita kena lagi bijak.
Namun, bukan bermakna kita kedekut nak penuhi segala permintaan anak-anak... Terutamanya part nak makan sesuatu. Cumanya biarlah berpada-pada. Takut nanti, sampai satu tahap... Kita yang terpaksa ikut kehendak dorang sepanjang masa. Bak kata mak Fiza, didik anak biarlah cubit-cubit tiup. Haha... Entah! Mana mak dapat peribahasa tu pun Fiza tak tahu... Yang pasti ada masa kita kena bertegas. Tegas... Tapi lembut.
So far alhamdulillah, sejak dari umur dua tahun... Bila anak-anak dah reti mintak belikan barang... Fiza dan Encik suami selalu gunakan kaedah peluk dan bagitau... Nanti dah ada duit. Ayah dapat gaji kita belikan. Alhamdulillah... Setakat ni Kak Alia dan Ain tak pernah buat perangai di mall. That why, ayah dorang selalu buat kejutan belikan mainan sebagai reward. Percaya atau tak... Dengan cara tu mereka dah terbiasa. Namun, sesekali permintaan dorang ada jugak kami tunaikan on the spot terutamanya part nak beli buku. Hehe... Memang on the spot suami belikan. Cuma nak beli mainan jelah... Akan bertangguh. Dapat, tapi lambat...
Sekian, kisah keinginan kak Alia nak makan pizza. Demikianlah... Bila tempat tinggal jauh dari pusat bandar, kenalah bertangguh segala hajat. Actually, boleh je buat sendiri pizza di rumah. Namun, sesekali nak jugak merasa yang kedai punya right. Haha...
Apa-apa pun, Alhamdulillah... Hajat dah tercapai. Janji pun dah ditepati. Semoga rezeki suami dan family terus melimpah ruah hendaknya. Aamiin...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.