Di manakah letaknya lokasi agen ABX Debak, Sarawak?
24 Januari 2019, memandangkan tak pernah lagi menukar cover handphone sejak dari hari membeli... Fiza pun decide nak beli je secara online di Shopee. Alhamdulillah... Bila dah jumpa yang dihajati, Fiza pun terus beli. RM12.09 termasuk postage. Murah ke mahal?
Actually, Fiza beli dari showwish.my from China. Bila dah dari oversea, kebiasaannya barang akan sampai dalam masa dua ke tiga minggu. Noted!
Biasalah, bila dah membeli... Tangan mesti gatal nak check di mana keberadaan barang tula kan... Berdasarkan tracking number yang diberi. Kali ni cover handphone Fiza dihantar melalui Agen ABX. Seperti yang Fiza tahu, sebelum ni ada Kedai Ung Tung, Pasar Lama Betong je yang jadi Agen. So, nak dijadikan cerita, lepas dua minggu berlalu... Fiza pun try tanya. Dorang dah tak jadi agen dah. La... Pulak!
Tawakal jelah ke mana cover tu sesat. Last tarikh barang dijangka sampai sebelum extend tarikh adalah 11 Februari. So, 12hb still tak sampai... Fiza pun extend tarikh sampai 14hb... Dah berkira-kira dah nak refund... Tapi, petang 13hb dapat mesej mengatakan barang dah sampai di agen ABX Debak. Haihh... Dalam hati tertanya-tanya jugak... Sejak bila Debak ada agen ABX ek!
Hurmmm... Hentam sajalah. Janji barang sampai. Betul tak?
Agen ABX Di Debak, Sarawak
Untuk pengetahuan korang, agen ABX Debak adalah Madam Litak. Owner kedai stationary. Kedai No.3. If tak tahu, korang boleh terus pergi ke kedai Syarikat Nasibah/Ahmad Cafe... Kat situ je dorang simpan barang Customer under ABX.
Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat. Cantik pulak tu. Sangat berbaloi untuk dibeli. Harga pun murah.
That it's... Simple update tentang informasi di manakah letaknya kedai yang menjadi Agen ABX di Debak, Sarawak. Semoga memberi manfaat buat rakan-rakan yang tinggal berdekatan hendaknya. Aamiin...
Have a nice day semua.
3 Comments
bagus share ni...takde la risau postage
ReplyDeleteTu la... Semoga bermanfaat hendaknya 😊
Deletealhamdulillah, sampai jugak barang yang dihajati :D
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.