Air Kosong, Berapa banyak perlu diminum?

Badan kita terdiri daripada 60% cecair, manakala organ terpenting dalam tubuh kita iaitu otak mengandungi 75% air. See, betapa pentingnya air pada tubuh kita.

That why kita perlu minum air yang secukupnya. Lebih-lebih lagi musim panas sekarang ni. Kena extra care.Terkurang minum pun tak elok, terlebih minum pun tak elok jugak.

Persoalannya, berapa banyakkah air yang perlu kita minum?

Ok, based on apa yang Fiza pernah baca di dalam majalah Pa&Ma... Dah tak ingat keluaran bila, formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu kita minum adalah seperti berikut...

Satu liter air untuk 25Kg berat badan.
Let say, berat Fiza 50Kg. So, cara kiraannya adalah :-
25kg = 1 Liter Air
50kg/25kg = 2 Liter

Jadi, Fiza kena minum 2 Liter Air setiap hari. Hurmm... Tapi, malangnya... Satu liter pun tak sampai kalau dah malas nak minum. Huhu...

Lagi, Fiza nak share jugak...

Pengiraan jumlah air yang perlu diminum

Cara pengambilan air yang betul

Ada jenis orang, malas nak pergi tandas banyak kali... Dalam masa dua jam boleh habiskan 2 liter air. Konon-konon nak lengkapi jumlahnya. Tapi... Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah.

Sebaiknya...
Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Tabiat meminum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan secara berterusan pula dapat memenuhi keperluan tubuh dan jugak dapat mengurangkan rasa lapar. Sesuai sangat untuk mereka yang on diet. Kan?

Then, kena ambik air pada kuantiti yang kecil seperti segelas air setiap kali minum dan jangan tunggu sehingga rasa haus untuk minum.

Why?
Sebab...
Badan tidak mendapat bekalan air secara berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari.

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti cirit-birit atau muntah, perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak.

Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan.

Tu cara pengambilan air dengan betul.

Bagaimana pula, jika terlebih meminum air. Apakah yang terjadi?

Apa yang Fiza tahu, if kita terlalu banyak meminum air... Dikhuatiri akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Noted!

Manakala jika air yang diminum mencukupi, apa pulak kesannya?

5 kebaikannya adalah seperti berikut :-
  1. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  2. Boleh melambatkan proses pengecutan kulit. 
  3. Kulit akan sentiasa kelihatan lembap dan awet muda.
  4. Menyahtoksik badan dengan cara semulajadi dan
  5. Melancarkan proses dalam tubuh badan.

Tips Minum Air Di Pejabat

Tapi kan... Tak semua orang boleh amalkan minum air secukupnya. Waima, jadi suri rumah mahupun bekerja di pejabat. Banyak sangat kekangan.

Walaubagaimana pun, bak kata pepatah... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Actually, boleh je diamalkan... Yang penting kena istiqomah. Betul tak?

Yang penting...
Bagi memudahkan mereka yang bekerja di pejabat, sediakan jumlah air yang diperlukan di dalam sebuah bekas.

Pastikan air tersebut dihabiskan di dalam jangka waktu pejabat.

Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa. Hal ini memotivasikan dan menyenangkan kita untuk minum dalam sukatan yang dijadualkan.

Sentiasa membawa air ke mana sahaja pergi seperti di bilik mesyuarat atau di luar pejabat... Dan menjadualkan waktu minum air setiap sejam untuk memastikan badan menerima air yang secukupnya.

Nak mudah, boleh guna aplikasi water reminder sebagai reminder waktu minum.

That it's apa yang Fiza nak share tentang air. Al-maklumlah, musim panas ni... Cepat sangat rasa haus. Kan?