Drama Encik Imam Ekspres Bakal Menggantikan Senafas Rindu
Sesekali nak jugak update pasal drama. If menarik, bolehlah layan. Next week merupakan minggu akhir untuk megadrama senafas rindu. Berdasarkan info dari laman Edtv, drama Encik Iman Express bakal mula bersiaran pada 11 Mac nanti... Semestinya di siaran Astro Ria 104 dan Ria HD, pada jam 10 malan... Setiap Isnin hingga Khamis.
Judul : ENCIK IMAM EXPRESS
Tarikh Tayangan : 11 Mac 2019
Bilangan Episod : 14 episod
Pengarah : Mohd Fazli ( Pali Yahya )
Produksi : Suhan Movies & Trading
Watak Pelakon Dalam Encik Imam Ekspres
Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish
Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)
Elisya Sandha sebagai Atun
Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi
Ruzana Ibrahim sebagai Zura
Anne Abdullah sebagai Suriani
Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien
LAGU TEMA / OST ENCIK IMAM EKSPRES
Ismail Izzani - BidadariSINOPSIS MEGADRAMA TERBARU ENCIK IMAM EKSPRES, 11 MAC 2019
Diya pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad, dia terpaksa pulang ke kampung bertemu dengan keluarga angkat dan bakal keluarga mertuanya.Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad kurang selesa dengan situasi keluarganya.
Awish mula rapat dengan Diya, sehingga mahu memanggilnya Umi. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.
SINOPSIS NOVEL ENCIK IMAM EKSPRES
Based on laman myinfotaip, drama encik Imam Express mengisahkan tentang Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.
Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.
Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil
Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.
Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!
“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.
Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.
MENARIK ATAU TAK DRAMA ENCIK IMAM EXPRESS?
Based on review para pembaca yang dah baca novel cik Tet ni, ramai yang bagi positive feedback di mana rata-rata mengatakan jalan ceritanya 'straight to the point', ringkas, santai-santai... Takde isu sangat. Jalan ceritanya lebih kepada kisah romantis Engku Razil.
Hurmmm... Tu based on novel. Kalau dah diadaptasi ke dalam drama... Tak tau lagi, boleh ke tak Fikry dan Nelydia menarik minat penonton la kan. Apa-apa pun, kena tunggu first episod 11 Mac jela kalau nak tau permulaan ceritanya. Biasanya kalau Fiza... If first episod menarik... Confirm akan layan. Kalau bosan, terus terang cakap... Memang tak layan. Hehe...
Korang pulak bagaimana? Layan tak slot megadrama?
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.