Insiden Tembakan Secara Rambang Di New Zealand? Dan Kisah Udara Tercemar Bahan Kimia Di Pasir Gudang
Semalam dunia dikejutkan dengan satu insiden tembakan rambang oleh seorang pengganas, ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Christchurch.
Tembakan Rambang Di New Zealand
Bila mana melihat tontonan video tentang tembakan tersebut. Allahu Akhbar, kenapa ada manusia yang tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup membuat tembakan rambang sehingga menyebabkan ramai yang terkorban. Hurmmm... Please jangan kongsikan video tersebut di media sosial... Why?
First, Kita kena hormat kepada mangsa dan keluarga mereka. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Apa perasaan kita bila ada orang menviralkan isu yang membuatkan kita sedih. Mesti kita pun tak nak. Kan?
Kemudian, di media sosial... Seperti yang kita ketahui, Penggunanya dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah budak² sekolah rendah. Sudah menjadi lumrah, budak² mudah nak terikut-ikut. Pada Fiza, benda² yang melibatkan video² keganasan seharusnya dielakkan daripada kanak-kanak. Boleh memanipulasi pemikiran anak² terutamanya bagi anak² yang suka akan permainan tembak menembak.
Hakikatnya, negatif side seharusnya jangan sesekali dikongsikan. Bila berjemaah sharing... Pasti mengundang pelbagai perspektif. Sudahnya pelbagai ideologi muncul. Apa² pun semoga pelaku ditangkap dan dihukum sewajarnya. Jangan bagi dia popular. Say big 'NO' untuk share video keganasan ye.
Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang
Di Malaysia pulak kerja² pembersihan bahan kimia di Sungai Kim-Kim masih giat dijalankan. Semoga ia mampu ditangani secepat yang mungkin. Diharap pelaku diadili seadilnya. Jangan pulak boleh settle di belakang pintu dengan mudah. Salah tetap salah... Kena diberi hukuman setimpalnya. Betul tak?
Macam² kan manusia sekarang. Sanggup menghalalkan cara demi kehendak peribadi. Malah, nilai perikemanusiaan pun semakin pudar di hati manusia. Risau dengan generasi seterusnya. Kan?
#prayforpasirgudang
#tembakanrambangnewzealand
#trendingnews
3 Comments
Isu2 semasa yang mewarnai Mac 2019
ReplyDeleteSemoga tidak berulang
Dalam negara. Luar negara .Kedua-duanya hal yang menyedihkan.Ke mana jiwa yang ada rasa empati .Barangkali sudah mati rasa itu.
ReplyDeleteMemcm hal kenek tok. Semoga yg bersalah diberi hukuman yg setimpal
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.