Review Nescafe Americano Edisi Terhad
Lately, Fiza jadi addicted mengejar produk limited edition. Dah seminggu tercari-cari Nescafe Rose Latte limited edition. Alih-alih, semalam masa menemani encik suami beli minyak kereta... Tertengok pulak Nescafe Americano tanpa gula di Shell. Terus beli. Selalunya, benda yang terhad susah nak dapat... lagi pulak first time tengok nescafe tanpa gula. Ke... Fiza yang tak perasan. Actually, Fiza jarang nak membeli minuman dalam tin. Bila dah ada blog... Terikut-ikut pulak nak merasa apa yang blogger lain review. Ahhaha... Betapa berpengaruhnya komuniti blogger kan...
Mukadimah panjang berjela, tak pulak sebut harga. Kan! Baiklah, untuk pengetahuan korang... Di Shell, Betong... Harga setin Nescafe Americano adalah RM2.50. Kemudian, untuk kandungan dalam nescafe tersebut... Based on apa yang ada kat tin... Nescafe americano mengandungi biji kopi Robusta dan Arabika. Kemudian, kandungannya jugak tanpa gula. Bayangkan macam mana rasa nescafe tanpa gula... Phewww... Mesti pahit right. Dek kerana limited edition... Sanggup tau beli... Konon-konon nak merasa. Haha... Padahal dah boleh jangka dah apa rasanya. Kan?
Sedap tak Nescafe Americano tanpa gula?
Perghhhh!!! Di minum dalam keadaan sejuk atau tak, memang pahit. Kaw-kaw punya rasa pahitnya. Separuh pun Fiza tak mampu nak habiskan. Nasib baik ada encik suami... Boleh tolong habiskan. So, takdelah isu membazir kat situ.
Tapi, bagi yang sukakan rasa pahit dan pekat tanpa gula... mungkin Nescafe Americano adalah pilihan terbaik buat mereka. Serius memang lansung takde rasa manis.
Cukuplah sekali merasa. Nak membeli untuk kali kedua, rasanya tak kot. Tu based on apa yang Fiza rasa ok. Mungkin bagi Fiza tak ok... Tapi sedap pulak bagi orang lain... Betul tak?
#limitededition
#nescafeedisiterhad
3 Comments
Mcm2 dh keluaran nescafe, makin out dated kamek, tok pun blum gik pernah merasa juak
ReplyDeleteNescafe Americano x pernah namapak pon kat kedai
ReplyDeleteermmm saya suka kopi pekat memang kaw >.<
tak sempat merasa, mungkin sekarang dah takde lagi...katanya limited edition :D
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.